Jika anda mengikuti laman blog ini, pasti anda sudah membaca ulasan salah satu daripada model SonicGear Pandora iaitu Pandora 3. Dan kali ini kami membawa ulasan pembesar suara seterusnya didalam siri Pandora iaitu Pandora Mini. Secara ringkasnya, Pandora Mini adalah pembesar suara mudah alih bluetooth yang dikuasakan dengan bateri yang boleh dicas dan boleh digunakan sebagai pengecas mudah-alih untuk peranti anda seperti telefon atau tablet.
Spesifikasi
Material yang digunakan untuk membuat kerangka pembesar suara Pandora Mini ini adalah plastik tetapi ditutupi dengan permukaan yang bergetah bagi mengelakkannya mudah tergelincir. Ianya tidaklah begitu berat. Untuk menggunakannya tidaklah sukar dimana anda diberi pilihan untuk menggunakan 3.5mm Aux-in jack atau sambungan bluetooth. Dari percubaan kami menyambungkan dengan beberapa peranti ianya menyokong kesemua peranti yang mempunyai bluetooth. Jarak peranti/pemain muzik dan pembesar suara tidak menjejaskan kualiti bunyi. Cuma adakalanya muzik yang dimainkan tersekat-sekat apabila terdapat perantaraan dinding antara peranti dan pembesar suara. Berbeza dengan Pandora 3, Pandora Mini boleh digunakan sebagai pengecas mudah-alih untuk peranti telefon atau tablet anda. Berbeza dengan butang kawalan pada Pandora 3 dimana semasa menerima panggilan dimana anda perlu menekan yang mempunyai logo Bluetooth. Fungsi ini hanya boleh digunakan jika anda menggunakan sambungan bluetooth. Jika anda memilih warna yang terang untuk permukaan getahnya, anda perlu berhati-hati kerana ia mudah kotor.
Dari segi kualiti bunyi ianya tidaklah menghampakan kami. Cuma yang menghairankan kami dimana jika anda membuat sambungan melalui Aux-in, kelantangan bunyi yang dihasilkan amat rendah jika anda menyambungkannya menggunakan sambungan bluetooth. Selain itu, pembesar suara Pandora Mini ini tidak mempunyai pilihan sambungan pada butang kuasanya dimana jika anda menggunakan Aux-in, jaringan bluetooth tidak dinyahaktif. Untuk mengecasnya anda hanya perlu menyambungkan kemana-mana komputer atau palam USB kerana ianya tidak menyertakan palam USB. Akan tetapi, anda juga boleh mengecasnya menggunakan pengecas peranti anda yang menggunakan slot mikroUSB. Manakala jika anda mahu mengecas peranti lain menggunakannya, anda perlu membuka suisnya walaupun anda tidak menyambungkan pembesar suara ini kemana-mana sumber audio. Untuk ketahanan bateri, dari percubaan kami ianya boleh bertahan sehingga 3-4 jam jika dimainkan tanpa henti. Manakala, jika anda mengecas peranti anda sambil memainkannya ianya mampu bertahan kurang dari 2 jam. Ketahanan bateri bergantung kepada kadar kelantangan suara dan sambungan yang digunakan.
Galeri
Kelebihan dan Kekurangan
Kelebihan
- Mudah dibawa
- Boleh digunakan sebagai pengecas mudah-alih
- Terdapat butang memeriksa kapasiti bateri
Kekurangan
- Permukaan yang mudah kotor jika memilih warna terang.
- Kualiti kelantangan suara berbeza mengikut sambungan.
- Tiada butang tetapan untuk menyahaktif jaringan bluetooth