Jika anda melawat YouTube hari ini atau menjadi sebahagian daripada ujian beta reka bentuk baru web tersebut, maka anda mungkin menyedari bahawa beberapa perubahan telah dilakukan pada laman perkongsian video popular tersebut. Dua perubahan utama yang dapat dilihat adalah susun atur laman kini tertumpu pada bahagian tengah dan tiada lagi menu bar pada sisi kiri tetapi diubah kepada menu yang boleh diaktifkan atau tidak. Reka bentuk baru ini tampak lebih kemas pada mana-mana saiz skrin dan mempunyai persamaan dengan reka bentuk paparan pada aplikasi mudah alih.
Selain dari itu, pihak YouTube juga menekankan pada tetapan senarai pilihan (Playlists). Kini, ianya mengandungi senarai pilihan yang telah anda buat serta saluran yang anda telah langgan. Apabila anda ingin membuat senarai baru, terdapat halaman bagi menyuntingnya. Terdapat juga tetapan baru yang membolehkan anda mencari senarai pilihan dari saluran yang anda cari.
Untuk maklumat lanjut lawati Help Center YouTube.
Sumber : YouTube