Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

Ulasan SonicGear Pandora 3

$
0
0

pandora3_02

Jika disebut mengenai jenama Sonic Gear ini pasti terlintas difikiran setiap orang ianya adalah sebuah pembesar suara. Ianya boleh dikatakan antara jenama pilihan untuk mereka yang mahu mempunyai pembesar suara untuk komputer bagi menghasilkan bunyi yang memuaskan ketika menonton video ataupun bermain permainan PC. Dan kali ini pihak Sonic Gear memperkenalkan siri terbaru produk mereka iaitu siri Pandora. Bagi siri Pandora ini, ianya mempunyai 3 model iaitu Pandora 3, Pandora Mini, & Pandora Micro. Untuk ketiga-tiga pembesar suara ini, ianya boleh disambungkan dengan sambungan bluetooth dari mana-mana peranti yang menyokongnya. Pada ulasan ini, kami mengulas Sonic Gear Pandora 3 terlebih dahulu dan diikuti dengan model yang lain pada artikel akan datang.

Spesifikasi

pandora3
Jumlah Kuasa 16 watt
Frekuensi 40Hz ~ 20KHz
Pembesar Suara 2 dengan saiz 2 inci.
Subwoofer 3 inci
Reflektor 2 x (50 x 90mm)
Nisbah Kelantangan 60dB ≥
Sumber Input/Output 3.5mm AUX-in jack & bluetooth serta panggilan telefon hands-free)
Versi Bluetooth CSR BC05 V2.1
Input Voltage 12V
AC Voltage 110V ~ 240V, 50/60Hz
Dimensi 290 x 103 x 121mm
Harga Pasaran RM142
Pilihan Warna Hitam & Kelabu

Galeri

Click to view slideshow.

Pandora306

Material yang digunakan untuk membuat pembesar suara Pandora 3 ini adalah plastik dengan permukaan yang kasar. Ianya tidaklah berat dan kurang dari 1 kilogram. Untuk menggunakannya tidaklah sukar dimana anda diberi pilihan untuk menggunakan 3.5mm Aux-in jack atau sambungan bluetooth. Dari percubaan kami menyambungkan dengan beberapa peranti ianya menyokong kesemua peranti yang mempunyai bluetooth. Jarak peranti/pemain muzik dan pembesar suara tidak menjejaskan kualiti bunyi. Cuma adakalanya muzik yang dimainkan tersekat-sekat apabila terdapat perantaraan dinding antara peranti dan pembesar suara. Apa yang kami kurang suka mengenai reka bentuk pembesar suara ini adalah dimana butang kawalan kelantangan dan bass berada dibahagian belakang. Oleh disebabkan itu, ianya menyukarkan kami untuk mengawal kelantangan suara.

Pandora307

Dari segi kualiti bunyi ianya tidaklah menghampakan kami. Kualiti dari sambungan bluetooth dan sambungan Aux berada didalam paras yang sama. Cuma kualiti bass yang dihasilkan tidaklah begitu bagus jika mahu dibandingkan dengan pembesar suara lain. Kami melakukan pelbagai ujian dari pemain muzik, permainan dan video bagi membandingkan kualiti bunyi yang dihasilkan. Jika anda memainkan muzik yang mempunyai paras bass yang tinggi ianya tidaklah begitu jelas untuk didengari. Manakala untuk permainan kami mencuba dengan audio dari permainan Need For Speed : Rival, Fifa14, Counter Strike, Left 4 Dead 2 dan Loadout (Steam).Pada permainan CS, L4D2, dan Loadout, bunyi kesan pergerakan sukar untuk didengari. Tambahan pula jika anda menonton video yang mempunyai aksi, efek letupan dan sebagainya ianya tidak menghasilkan bunyi yang begitu realistik.

Beserta dengan pembesar suara ini, turut disediakan bersama-sama adalah pemegang (holder/dock/stand) dari iRez bagi memudahkan anda meletak peranti/pemain muzik disisi pembesar suara Pandora ini.

Kelebihan dan Kekurangan

Berikut adalah beberapa kelebihan dan kekurangan yang kami boleh senaraikan mengenai SonicGear Pandora 3 ini.

Kelebihan :

  • Mudah dibawa
  • Proses sambungan Bluetooth yang mudah
  • Mempunyai mikrofon & boleh digunakan untuk menjawab panggilan telefon
  • Sambungan bluetooth menyokong pelbagai platform/sistem operasi peranti seperti Android, iOS, Windows Phone, dan lain-lain

Kekurangan :

  • Kedudukan butang kawalan yang berada dibahagian belakang
  • Tidak sesuai untuk digunakan sebagai pembesar suara komputer
Kongsikan Artikel Kami

Viewing all articles
Browse latest Browse all 144