Facebook telah membuat satu perjanjian untuk membeli WhatsApp, satu perkhidmatan permesejan mudah-alih popular dengan harga 16 billion dolar. Seperti mana yang berlaku pada Instagram, pihak Facebook mengatakan dimana WhatsApp akan terus beroperasi sama seperti sebelum ini. Perjanjian itu juga memperuntukkan tambahan 3 bilion unit saham terhad untuk diberikan kepada pembangun/pengasas dan pekerja WhatsApp. Saham tersebut akan diletak hak dalam tempoh 4 tahun selepas penjualan dimuktamadkan.
Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan, CEO Facebook, Mark Zuckerberg berkata, “WhatsApp berada di atas jalan untuk menyambungkan 1 billion orang. Perkhidmatan yang mencapai kejayaan sebegitu teramat berharga.” Selain itu, Mark juga berkongsi berita ini dilaman Facebook peribadinya dan berkata, ” WhatsApp akan melengkapkan perkhidmatan sembang dan mesej yang sedia ada untuk menyediakan alat-alat baru bagi masyarakat kita.” Lebih daripada 450 juta orang menggunakan WhatsApp setiap bulan, mengikut statistik di dalam keluarkan kepada media , dengan 70 peratus daripada mereka yang pengguna aktif pada suatu hari tertentu. Pengasas & CEO WhatsApp, Jan Koum akan menyertai lembaga pngarah Facebook seperti yang dinyatakan pada sebahagian daripada perjanjian itu, tetapi pasukannya akan kekal di Mountain View, California.
Sumber : Facebook Newsroom, Profail Mark Zuckerberg, & WhatsApp Blog