Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

Astro Melancarkan Panduan TV Pelbagai Bahasa Untuk Pengguna Astro B.yond

$
0
0

Astro-Event

Pada 24 Februari ini, pihak Astro akan melancarkan paparan baru untuk panduan tv (tv guide) mereka khas untuk pelanggan Astro B.yond. Seiring dengan itu, pihak Astro juga menyertakan pelbagai pilihan bahasa pada panduan tv tersebut seperti bahasa melayu, inggeris, mandarin, dan tamil. Tambahan, Astro juga telah menyertakan enjin carian untuk paparan antara muka baru tersebut bagi memudahkan pengguna melayari kandungan panduan tv mereka.

tvguide

Peralihan kepada paparan dan pilihan bahasa ini akan dilepaskan kepada pengguna secara berperingkat selama 5 minggu bermula dari 24 Februari kelak. Seperti kemaskini sebelum ini, pengguna hanya perlu meletakkan set peranti Astro B.yond mereka didalam mod sedia (standby mode) bagi proses memuat-turun dan pemasangan dilakukan.

Selain dari pelanggan Astro B.yond yang menerima kemaskini panduan tv ini, pelanggan Astro IPTV juga bakal menerima kemaskini yang sama. Malangnya bagi pengguna Astro Njoi dimana kemaskini ini tidak termasuk untuk kesemua pakej Njoi.

Antara Kemaskini Yang Dapat Dilihat

Click to view slideshow.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke halaman www.astro.com.my/epg dan mulai 22 Februari maklumat boleh didapatkan melalui Astro Channel 100.

Selain dari paparan panduan tv yang serba baru, pihak Astro juga telah mengemaskini paparan Astro On-The-Go (AOTG) mereka. Pelanggan AOTG boleh memanfaatkan EPG pelbagai bahasa, kemudahan menyaksikan acara sukan secara langsung, menonton TV dan filem berasaskan permintaan selain daripada 30 saluran TV yang kini boleh dinikmati. Malah, kandungan AOTG kini boleh ditonton dengan lebih mudah kerana pengguna dapat menonton rancangan terpilih secara percuma tanpa perlu mendaftar, lantas menambah minat terhadap perkhidmatan tersebut.

aotg

Muat Turun Astro On-The-Go untuk peranti iOS (iPhone/iPad) dan Android

Kongsikan Artikel Kami

Viewing all articles
Browse latest Browse all 144