Oppo sebuah syarikat pengeluar telefon pintar dari China muncul buat kali pertama di Malaysia dengan melancarkan produk sasaran mereka iaitu Oppo N1. Sebelum Malaysia, pihak Oppo telah memasarkan beberapa produk mereka ke beberapa negara seperti Thailand, Indonesia, Vietnam, India, dan Mexico. Untuk peranti Oppo N1 ini, ianya telah diperkenalkan pada Setember tahun lepas dan mula dipasarkan pada Disember 2013. Serentak dengan pelancaran di Malaysia, pihak Oppo juga membawa masuk peranti ini untuk pasaran negara jiran iaitu Singapura.

Spesifikasi Teknikal Oppo N1
Sistem Operasi, Prosessor, GPU & RAM | Sistem Operasi : Android 4.2.2 Berasaskan Color OS Prosessor : 1.7 GHz Qualcomm Snapdragon 600 Quad Core GPU: Adreno 320 RAM : 2GB RAM |
Skrin | Resolusi: 1080 x 1920 piksel (HD), 5.9 inci & 3.77 PPI Jenis: IPS LCD Capasitive Touchscreen Lain-lain: Corning Gorilla Glass 3. Terdapat panel sentuh dibahagian belakang yang dipanggil O-Touch Panel. |
Dimensi | 170.7 x 82.6 x 9 mm |
Berat | 213 Gram |
Kamera | Kamera Utama (Belakang) : 13 MP, 4128x3096 piksel, autofokus & dual-LED flash Ciri-ciri Kamera Utama : Boleh diputar, geo-tagging, touch focus, face detection, panorama, HDR, & long exposure (sehingga 8s) Kamera Hadapan : Tiada. Ini kerana kamera utamanya boleh dipusingkan sehingga 206° Rakaman Video : 1080p@30fps |
Memori | Storan berkapasiti 16GB & 32GB. Tidak menyokong tambahan kad memori. |
Sambungan | WiFi : Wi-Fi 802.11 b/g/n, Wi-Fi Direct, DLNA, Wi-Fi hotspo Tidak Menyokong jaringan LTE/4G Bluetooth : v4.0 USB: microUSB v2.0, USB On-The-Go NFC : Ya |
Bateri | 3610 mAh Li-Ion. Tidak boleh diakses. |
Harga Pasaran | RM1798 |
Pilihan Warna | Putih |
Aksesori | O-Click Bluetooth Remote Control (Dijual berasingan) In-ear earphones Kabel Micro USB SIM ejector tool |
Lain-lain | Ianya sebuah peranti yang menggunakan kad SIM berjenis Micro-SIM Terdapat versi CyanogenMod (Menggunakan CM10.2 Android JellyBean 4.3) |
Video Perkenalan Oppo N1
Galeri
Selain dari Oppo N1, pihak Oppo juga memperkenalkan peranti lain dari mereka iaitu Find 5 Mini, R1 & Oppo Neo. Ketiga-tiga peranti ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan disasarkan kepada pengguna yang berbeza-beza.
Untuk maklumat lanjut mengenai kesemua peranti diatas, anda boleh memuat-turun fail yang telah dilampirkan oleh pihak Oppo kepada kami melalui pautan dibawah.
Muat Turun Oppo Press Release Muat Turun Oppo Product Info