Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

Nokia Memperkenalkan Peranti Berasaskan Android – Nokia X, X+ & XL

$
0
0

Nokia-X-Dual-SIM

Hari ini di Mobile World Congress 2014 (MWC2014) Nokia memperkenalkan produk baru mereka dari siri Nokia X iaitu Nokia X, Nokia X+ & Nokia XL. Untuk ketiga-tiga peranti ini, ianya menggabungkan reka bentuk Nokia, kualiti dan perkhidmatan dengan keupayaan untuk menjalankan aplikasi Android. Menurut Nokia, harga pasaran ketiga-tiga peranti ini berada diantara produk sebelum ini iaitu Asha dan Lumia dan ianya bertujuan untuk menarik minat pengguna akan paparan baru, dan perkhidmatan awan mereka.

Bagi ketiga-tiga peranti Nokia X ini, ianya menawarkan pengalaman dan perkhidmatan dari Nokia dan Microsoft. Antaranya HERE Maps yang menawarkan navigasi dan peta diluar talian secara percuma. Malah, Nokia MixRadio menawarkan beratus-ratus lagu pengstriman percuma dan senarai main di luar talian. Penyimpanan awan percuma dari Microsoft OneDrive dengan 7GB ruang secara percuma dimasukkan kedalamnya. Terdapat juga akses kepada Outlook.com sebagai perkhidmatan e-mel anda. Dan apkikasi Skype dengan panggilan percuma sebulan ke talian antarabangsa dipasaran yang terpilih.

X-pile-body

Ketiga-tiga peranti tersebut dijana oleh pemproses Qualcomm Snapdragon Dual Core dan Dual SIM. Pelbagai aplikasi pihak ketiga dipasang bersama-sama, termasuk BBM, Plants vs Zombies 2, Viber, Vine dan Twitter. Selebihnya anda boleh memuat Nokia Store, kedai aplikasi pihak ketiga dan dimuat sisi (sideload).

Spesifikasi Teknikal & Perbandingan Nokia X, X+, & XL

Model
Nokia X
Nokia X+
Nokia XL
Skrin 4-inci IPS LCD, 800 x 480px 4-inci IPS LCD, 800 x 480px 4-inci IPS LCD, 800 x 480px
RAM 512MB 768MB 768MB
Ruang Storan Ruang dalaman 4GB & menyokong kad MicroSD
Sehingga 32GB
Ruang dalaman 4GB & menyokong kad MicroSD
Sehingga 32GB
Ruang dalaman 4GB & menyokong kad MicroSD
Sehingga 32GB
Kamera Utama (Belakang) 3 megapixel fixed focus
Resolusi : 2048 x 1536 piksel
Tiada flash.
Rakaman video : FWVGA (864 x 480)
Format rakaman : 3GP/H.263
3 megapixel fixed focus
Resolusi : 2048 x 1536 piksel
Tiada flash.
Rakaman video : FWVGA (864 x 480)
Format rakaman : 3GP/H.263
5 megapixel, autofocus & LED Flash
Resolusi : 2592 x 1944 piksel
Rakaman video : FWVGA (864 x 480)
Format rakaman : 3GP/H.263
Kamera Hadapan Tiada Tiada 2 megapixel, Wide angle
Resolusi : 1600 X 1200 piksel
Rakaman video : 720p (HD, 1280 X 720)
Format rakaman : 3GP/H.263
Prosessor 8225 Qualcomm Snapdragon™ S4
1GHz Dual Core
8225 Qualcomm Snapdragon™ S4
1GHz Dual Core
8225 Qualcomm Snapdragon™ S4
1GHz Dual Core
Jenis & Sokongan SIM Micro SIM
Dual SIM
Micro SIM
Dual SIM
Micro SIM
Dual SIM
Dimensi 115.5 x 63 x 10.4mm 115.5 x 63 x 10.4mm 141.3 x 77.7 x 10.8mm
Berat 128.66 gram 128.66 gram 190 gram
Bateri 1500mAh
Boleh diakses
1500mAh
Boleh diakses
2000mAh
Boleh diakses
Lain-lain USB 2.0
Bluetooth 3.0 + HS
Wi-Fi: WLAN IEEE 802.11 b/g/n
GPS : A-GPS
USB 2.0
Bluetooth 3.0 + HS
Wi-Fi: WLAN IEEE 802.11 b/g/n
GPS : A-GPS
USB 2.0
Bluetooth 3.0 + HS
Wi-Fi: WLAN IEEE 802.11 b/g/n
GPS : A-GPS
Pilihan Warna Hitam, Biru, Hijau, Merah, Putih & Kuning Hitam, Biru, Hijau, Merah, Putih & Kuning Hitam, Biru, Hijau, Merah, Putih & Kuning
Harga pasaran €89. Harga dan tarikh untuk pasaran Malaysia belum diketahui. €99. Harga dan tarikh untuk pasaran Malaysia belum diketahui. €109. Harga dan tarikh untuk pasaran Malaysia belum diketahui.

Sumber : Nokia Conversations, Press Release Nokia

Kongsikan Artikel Kami

Viewing all articles
Browse latest Browse all 144