Jika sebelum ini Internet Explorer 10 adalah ekslusif untuk Windows 8 sejak mula pembangunannya. Versi terakhir (stabil) Internet Explorer 10 dilancarkan oleh Microsoft pada 26 Oktober lalu bersama-sama sistem operasi Windows 8. Dan beberapa minggu selepas itu, Microsoft mengumumkan bahawa ia akan melepaskan versi preview Internet Explorer 10 untuk Windows 7 dalam masa terdekat, dan kemudian versi terakhir Internet Explorer 10 untuk Windows 7. Semalam mungkin harinya, Internet Explorer 10 Preview untuk Windows 7 kini boleh dimuat turun di laman web rasmi Microsoft TestDrive. Anda boleh memuat turun Internet Explorer 10 untuk versi 32-bit atau 64-bit Windows 7, atau versi 64-bit untuk Windows Server 2008 R2 SP1. Muat turun mempunyai saiz kira-kira 40 Megabit, dan boleh didapati untuk semua bahasa yang disokong sistem operasi ditawarkan.
Internet Explorer 10 Preview memerlukan Windows 7 Service Pack 1. Anda perlu melakukan ‘Restart‘ sebelum Internet Explorer boleh digunakan.
![ie10-preview](http://i0.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/11/ie10-preview.png?resize=600%2C338)
Muat Turun Internet Explorer 10 Preview
Muat Turun Internet Explorer 10 Preview untuk Windows 7 SP1 32-bit
Muat Turun Internet Explorer 10 Preview untuk Windows 7 SP1 64-bit
Anda boleh merujuk artikel ‘Ketahui Versi Windows & Keupayaan Processor Komputer Anda‘ bagi mengenalpasti versi Windows anda.
Keperluan Komputer Untuk Internet Explorer 10 Preview
- Komputer dengan 1 gigahertz (GHz) pemproses 32-bit (x86) atau 64-bit (x64).
- Windows 7 32-bit atau 64-bit dengan Service Pack 1 atau lebih tinggi atau Windows Server 2008 R2 dengan Service Pack 1 64-bit
- Sekurang-kurangnya 512 MB RAM
- Sekurang-kurangnya 70 MB / 120 MB / 200 MB ruang kosong (Win 7 32-bit / Win 7 64-bit / Win Server 2008 R2)
Pembaharuan Pada Internet Explorer 10 Preview
Perkara pertama yang mungkin anda perasan adalah sokongan Flash pada pelayar ini jika anda melayari laman web yang memerlukan Flash seperti YouTube. Anda perlu memasangnya secara manual. Selain dari itu, Internet Explorer 10 Preview ini memaparkan senarai halaman pada permulaan pelayar. Ini termasuk ciri-ciri pilihan privasi baru Do Not Track yang diaktifkan secara default, gabungan carian pada bar navigasi, dan paparan laman web yang direka untuk pelayar web lama kelihatan lebih baik.
![ie10-baru](http://i1.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/11/ie10-baru.png?resize=600%2C178)
Sesetengah tetapan, seperti SmartScreen Filter, Suggested Sites dan compatibility list telah diperbaharui ke versi baru Internet Explorer 10 untuk Windows 7.
Lain-lain perubahan dan pembaharuan dikenalpasti antaranya kemaskini terhadap butang back dan forward, tab, dan paparan transparent. Paparan scroll juga telah dikemaskini bagi menyamai dengan paparan tema Windows 8. Akhir sekali, ciri Spell-Checker dan Auto Correct juga ditambah pada versi Internet Explorer 10 Preview.
Perbandingan Ujian HTML5 Bersama Pelayar Firefox V16 dan Google Chrome V23
![html5test](http://i0.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/11/html5test.png?resize=620%2C200)
Ujian ini dijalankan pada laman web HTML5Test.Com dan keputusan berdasarkan pelayar web yang dipasang pada komputer yang sama.
Langkah Untuk Uninstall Internet Explorer 10 Preview
- Pergi ke Start Menu > Control Panel > Programs and Features
- Klik pada View Installed Updates dan cari Internet Explorer 10 pada bahagian Microsoft Windows.
![controlpanel](http://i2.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/11/controlpanel.png?resize=527%2C300)
- Klik butang kanan pada Internet Explorer 10 dan klik Uninstall. Klik ‘Yes‘ jika anda mahu meneruskannya.
- Lakukan Restart pada PC bagi melengkapkan proses uninstall.