Sesetengah orang mendapati Metro Screen pada permulaan Windows 8 menjengkelkan dan jika anda juga adalah salah seorang daripada mereka, di sini adalah bagaimana anda boleh memintasnya. Sebenarnya, ia tidak begitu sukar untuk pergi ke desktop dari Start Screen. Anda hanya perlu tekan kekunci WIN + D tetapi jika anda benar-benar mahu melangkau dan memintas metro screen ini maka, di sini adalah penyelesaian. Walaupun Microsoft mencuba untuk mengatasi semua tweaks untuk mengelakkan pengguna memintas Metro Screen pada permulaan Windows 8, aplikasi Skip Metro Suite boleh berbuat demikian dalam satu klik.
Skip Metro Suite hanya mempunyai satu tetingkap antara muka dengan semua pilihan yang diperlukan. Hanya menandakan tetapan yang anda perlukan dan klik pada Save Settings. Tetapan akan digunakan sebaik sahaja anda keluar dari Windows atau dengan lebih tepat iaitu Shut Down.
Mulai sekarang, apabila anda memulakan Windows, bukannya Metro Start Screen yang terpapar, tetapi paparan desktop tradisional akan dipamerkan. Aplikasi ini tidak memerlukan pengguna melakukan tetapan setiap kali memulakan Windows tetapi ianya akan dilaksanakan secara automatik pada setiap restart.
Jika diamati, pada permulaan Metro Screen akan terpapar dalam 2-3 saat sebelum ianya memaparkan paparan Desktop. Jika anda mempunyai/menjumpai aplikasi yang mampu memintas Metro Screen secara terus, kongsikan dengan kami.
![SkipMetroSuite_1](http://i2.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/11/SkipMetroSuite_1.png?resize=394%2C477)
Selain dari Metro Screen, anda juga boleh menyahaktifkan fungsi-fungsi lain. Langkah ini hanya mematikan fungsi Hot Corner dan bukannya menyahaktifkannya fungsi itu sepenuhnya.
- App Switcher: (Atas-Kiri) Fungsi Multitasking aplikasi sedang berjalan yang menunjukkan thumbnail apabila anda menggerakkan kursor ke atas sebelah kiri.
- Drag to Close: (Atas-Tengah) aplikasi Metro akan ditutup apabila anda menyeret dari atas ke bawah. Desktop juga dianggap sebagai aplikasi Metro, anda boleh mematikannya.
- Charms Bar: (Bawah-Kanan) Dipaparkan apabila anda menggerakkan kursor ke kanan bawah. Jika anda menekan kekunci Win+C, Charms Bar masih boleh terpapar.
- Start Button: (Bawah Kiri) Thumbnail Metro Start Sceen muncul apabila anda menggerakkan kursor ke sudut skrin kiri yang membawa anda ke Metro Screen.
Anda hanya memintas Metro Screen pada pemulaan Windows dan ini tidak bermakna anda tidak boleh mengaksesnya. Untuk bahagian Hot Corner, anda boleh memilih untuk mematikan fungsi yang mana anda tidak perlukan.
Muat Turun Skip Metro Screen
Muat Turun Skip Metro Screen
Ini entri terakhir aku mengenai Windows 8 buat masa ini, seterusnya kena tunggu aku berpindah ke Windows 8 tak lama lagi. Yang sekarang dah expired.