HTC adalah antara pengeluar telefon pintar popular didunia telah pun memperkenalkan telefon pintar Windows Phone mereka iaitu 8X dan 8S. Telefon pintar ini dikuasakan dengan sistem operasi Windows Phone 8, mempunyai bentuk yang menarik dan didatangkan dengan kualiti bunyi dengan Beats Audio.
Windows Phone 8 merupakan salah satu sistem operasi mudah-alih yang diumumkan oleh Microsoft pada akhir bulan Oktober 2012 selain daripada sistem operasi Windows 8 mereka, dan minggu lalu, Microsoft Malaysia secara rasminya memperlihatkan fungsi-fungsi tersebut di Malaysia, bersama-sama beberapa peranti baru yang menggunakannya diantaranya adalah Windows Phone 8X dan 8S. Microsoft telah pun memperlihatkan beberapa fungsi baru yang akan dibawakan pada Windows Phone 8, seperti kebolehan merakamkan paparan skrin, sokongan Tiles yang boleh diubah saiz, dan pelbagai perkara yang lain lagi dengan tambahan fungsi baru yang didatangkan bersama-sama Windows Phone 8.
![Windows Phone 8X by HTC](http://i2.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/11/htc_8x_360.gif?resize=300%2C400)
Spesifikasi Windows Phone 8X by HTC
[table “12” not found /]Galeri
- Dua pilihan warna; California Blue & Graphite Black
- Slot Mikro-SIM untuk HTC 8X
- Perbandingan Saiz HTC 8X dan Nokia Lumia 800
- Bahagian hadapan dan belakang HTC 8X
![devider](http://i1.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/09/devider.png?resize=700%2C30)
![HTC-WP-8S](http://i0.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/11/HTC-WP-8S.png?resize=488%2C400)
Spesifikasi Teknikal
[table “13” not found /]Galeri
- Perbandingan bahagian hadapan HTC 8X dan 8S
- Perbandingan bahagian belakang HTC 8X dan 8S
- Perbandingan saiz HTC 8S dan Nokia Lumia 800
- Bahagian Micro-SD dan Micro-SIM
Kedua-dua reka bentuk memang menarik dan aku telah pun melihat dan mencubanya. Tetapi, aku masih belum tertarik dengan paparan Tiles. Walaupun sebelum ini aku pernah menggunakan Nokia Lumia 800.