Sebelum ianya dilancarkan, Microsoft menerima pelbagai kritikan terhadap Windows 8 iaitu sistem operasi terbaru dari mereka. Antara kritikan yang diterima seperti pembuangan fungsi Start Orb dan digantikan dengan sistem kawalan lain iaitu Start Screen. Walaupun pengenalan Windows Start Screen tersebut menggantikan fungsi Start Menu, ianya menjadikan paparan desktop seperti tiada gunanya. Jika sebelum ini aku memperkenalkan Start8 yang mampu mengembalikan Start Menu seperti yang terdapat pada Windows sebelumnya, tetapi kali ini aku ingin memperkenalkan satu aplikasi yang mampu membawa ciri-ciri Start Screen & Charms Bar kepada Windows 7. Ianya dikenali sebagai WinMetro, yang mampu menghasilkan Start Screen dan Charms Bar hampir serupa dengannya seperti di Windows 8.
Windows 8 Start Screen
![startscreen_windows7](http://i2.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/11/startscreen_windows71.png?resize=600%2C337)
Pada bahagian Windows Start Screen, ianya memaparkan cuaca, gambar, berita, dan lain-lain lagi. Pintasan kepada Akaun Pengguna (User Accounts) juga dimasukkan.
Charms Bar
![charmsbar_windows7](http://i0.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/11/charmsbar_windows7.jpg?resize=600%2C337)
Untuk mengaktifkan Charms Bar, anda perlu meletakkan cursor tetikus pada bucu bawah kanan skrin anda. Apabila anda meletakkan cursor pada bahagian tersebut, secara automatik Charms Bar akan popup keluar.
Fungsi Search dan Tetapan
![search_device_windows7](http://i1.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/11/search_device_windows7.jpg?resize=600%2C400)
Fungsi carian juga berfungsi dan ianya memudahkan anda mencari fail atau data yang diperlukan mengikut jenis. Bagi bahagian tetapan, sehingga kini anda hanya boleh mengubah jenis sambungan kepada PC/Laptop anda.Selain dari ini, anda juga boleh mengubah kelantangan suara dan melakukan ‘Shut Down’ melalui fungsi ini.
WinMetro Settings
![winmetro_setting](http://i1.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/11/winmetro_setting.jpg?resize=560%2C300)
Bahagian tetapan aplikasi ini boleh diakses dengan mengklik butang yang terdapat pada bucu kanan skrin. Ianya membolehkan anda melakukan startup secara automatik, membuka paparan desktop secara automatik, dan lain-lain seperti rajah diatas.
Muat turun WinMetro
Muat Turun WinMetro untuk Windows 7
Keperluan Komputer
- Versi terkini: Beta 1.0
- Saiz fail: 5.17 MB
- Sistem Operasi: Mampu menuokong Windows 7, Windows Vista dan Windows XP