Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

[Infografik] Info Mengenai Near Field Communication (NFC)

$
0
0

Near Field Communication boleh diringkaskan sebagai satu sambungan atau komunikasi dua peranti dengan menyentuh satu sama lain atau mendekatkannya pada jarak yang tertentu. Hingga hari ini, teknologi NFC ini digunakan untuk transaksi tanpa sentuhan, pertukaran data, dan penyediaan sambungan yang lebih komplek seperti WiFi. Ianya juga tidak bergantung pada hubungan atau komunikasi antara 2 peranti malah ianya juga boleh digunakan antara peranti NFC dan cip NFC yang dikenali sebagai Tag.

NFC meliputi piawaian komunikasi protokol dan format pertukaran data, dan berdasarkan pengenalan frekuensi radio (RFID) yang sedia ada termasuk piawaian ISO / IEC 14443 dan FeliCa. Termasuklah piawaian ISO / IEC 18092 dan mereka yang ditakrifkan oleh NFC Forum, yang diasaskan pada tahun 2004 oleh Nokia, Philips dan Sony. Kini ianya mempunyai lebih daripada 160 orang ahli. Forum ini juga mempromosikan NFC dan memperakui pematuhan peranti. Dibawah adalah info ringkas mengenai NFC.

Samsung Galaxy Note II yang mula dijual pada hari ini (19 Oktober) mempunyai cip NFC terbina.

Beberapa telefon pintar baru dilancarkan banyak telah menambah ciri-ciri NFC didalamnya. Mungkin satu hari nanti ianya adalah komponen utama untuk sesebuah telefon. Moga penggunaan NFC ini diperluaskan bukan sahaja untuk telefon pintar.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 144