Seperti yang sedia maklum, minggu hadapan pihak Microsoft bakal melancarkan edisi sistem operasi Windows terbaru dari mereka yang dikenali sebagai Windows 8. Mungkin sebelum ini anda telah mencuba Windows 8 ini melalui edisi Release Preview atau Consumer Preview yang membawakan ciri Aero Glass. tetapi, ura-ura mengatakan edisi terakhir iaitu RTM (Release To Manufacturer) pihak Microsoft menyingkirkan ciri Aero Glass. Dan aku juga telah mencuba edisi yang dikatakan RTM, yang tertiris di laman muat turun beberapa lama dahulu.
Hari ini, aku ingin berkongsikan bersama anda satu tema baru untuk Windows 7 yang boleh membawakan paparan Windows 8 kepada Windows 7 anda. Terima kasih kepada mare-m dari DeviantArt yang membangunkan tema Windows 8 RTM ini. Dan ternyata, paparan yang dibangunkan ini hampir serupa dengan paparan Windows 8 yang aku telah cuba sebelum ini.
![windows](http://i0.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/10/windows.jpg?resize=600%2C337)
Muat Turun Tema Windows 8 RTM Untuk Windows 7
Muat Turun Tema Windows 8 RTM
Langkah Pemasangan
1. Ekstrak fail tema yang anda telah muat turun sebelum ini dengan aplikasi Winzip, WinRAR, 7-Zip atau sebagainya. Didalam fail tersebut mengandungi fail/data seperti tema, wallpaper, sound schemes, cursor, font, dan toolbar Explorer.
2. Pergi ke folder Windows 8 Themes, ianya mengandungi 3 folder iaitu Windows 8 RTM, Windows 8 RTM Earth dan Windows 8 RTM Flower.
Bagi folder Windows 8 RTM ianya mengadungi paparan tema yang hampir serupa, manakala 2 lagi folder mengandungi ciri lain yang seperti kandungan Wallpaper dan lain-lain.
3. Sila pilih mana-mana folder dan anda akan dapati 3 lagi folder didalamnya iaitu Start Menu Without User Picture, Top and Right Taskbar Fix, dan Windows 8 Main Theme.
4. Buka folder Windows 8 Main Theme dan copy segala file didalamnya dan pindahkannya ke dalam folder C:\Windows\Resources\Themes\.
Direktori C:\Windows\Resources\Themes\ adalah lokasi default Windows.
5. Seterusnya, sila tukar paparan tema anda melalui Desktop Personalization Windows.
![personalize](http://i0.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/10/personalize-e1350401247818.png?resize=600%2C416)
Jika anda pertama kali menggunakan tema pihak ketiga seperti ini, sila lakukan patch terlebih dahulu sebelum melakukannya. Dapatkan Universal Theme Patcher yang terkandung didalam artikel ‘Transform Windows 7 Ke MacOS‘
Fail-Fail Lain Di Dalam Folder Berikut
a. Folder Top and Right Taskbar Fix
Ianya digunakan jika anda mahu mengubah kedudukan taskbar dibahagian atas atau kanan skrin. Anda perlu menggantikan folder Colors yang berada pada Windows 8 Main Theme kepada folder Colors yang terdapat didalam folder diatas.
b. Start Menu Without User Picture
Jika anda tidak mahu melihat sebarang user picture pada bahagian Start Menu. Caranya menggantikannya sama seperti langkah diatas (langkah a.)
![startmenu](http://i2.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/10/startmenu.png?resize=269%2C350)
c. Start Menu Button
Jika anda mahu menukar butang start menu kepada paparan seperti Metro, anda boleh mengubahnya menggunakan fail yang terdapat didalam folder ini.
Rujuk artikel ‘Windows 7 Start Orb Changer‘ dari Door2Windows
d. Windows 8 Fonts
Untuk memasang font-font berikut anda hanya perlu menekan butang kanan pada tetikus anda dan klik pada ‘Install’.
e. ExplorerFrame-White dan ExplorerFrame
Fail ini digunakan untuk menukar butang Back/Forward yang terdapat pada Windows Explorer.
![explorerframe](http://i0.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/10/explorerframe.png?resize=468%2C292)
Gunakan Windows Theme Installer yang terdapat pada Langkah F pada artikel Transform Windows 7 Ke MacOS.
Akhirnya berjaya juga aku update didalam kesibukan bekerja. Hehe..