![anysend-1](http://i1.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2013/11/anysend-1.jpg?resize=600%2C350)
Any Send adalah satu aplikasi yang mampu memindahkan fail dari satu komputer ke komputer yang lain menggunakan jaringan Wi-Fi. Selain dari komputer, anda juga boleh memindahkan fail ke peranti Android atau komputer Mac. Ini bermakna, Any Send mampu memindahkan fail walaupun ianya berlainan sistem operasi. Dengan peranti ini, anda boleh memindah pelbagai fail berlainan format tanpa had dan proses pemindahan lebih pantas.
Untuk menggunakannya kedua-dua peranti/komputer mestilah dipasang dengan aplikasi Any Send dan berada didalam jaringan Wi-Fi yang sama. Dan menariknya, jika fail tersebut mengandungi kuantiti yang banyak, ianya tidak di compress ke dalam fail .zip seperti aplikasi yang lain.
![anysend-3](http://i2.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2013/11/anysend-3.png?resize=500%2C189)
Langkah menggunakannya mudah, anda hanya perlu Copy fail tersebut seperti biasa (Ctrl+C), dan pilih peranti/komputer yang mahu hantar dan fail tersebut akan dihantar terus kepada peranti/komputer tersebut. Tetapi sebelum pemindahan dijalankan, komputer/peranti tersebut akan menerima notifikasi pengesahan terlebih dahulu.
![anysend-2](http://i2.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2013/11/anysend-2.jpg?resize=472%2C296)
Untuk Windows, anda perlu ke System Tray bagi memilih peranti/komputer, manakala Mac di Menu Bar.
Muat Turun Aplikasi Any Send Untuk Windows, Mac dan Android
Sumber gambar : Google Images.