Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

Paparan iOS 7 Untuk Halaman New Tab Pada Google Chrome

$
0
0

Seperti mana yang diketahui ramai, iOS adalah diantara sistem operasi yang popular di dunia. Apple tahun ini memperkenalkan versi terbaru untuk sistem operasi iOS yang dikenali sebagai iOS7 iaitu versi ke 7. Pertama kalinya pihak Apple melakukan transformasi kepada paparan UI iOS mereka dengan memperkenalkan paparan UI yang serba baru di iOS7. Dan hari ini kami ingin memperkenalkan iOS 7 Home iaitu satu plugin pada Chrome yang memberi paparan seperti iOS 7 untuk halaman New Tab.

iOS7-home-1

Padanya anda boleh mengakses aplikasi lain dengan melakukan leretan ke aras kiri atau kanan. Dan jika anda mempunyai atau menggunakan peranti yang menyokong skrin sesentuh, ianya lebih menarik. Pada halaman iOS 7 Home ini ianya membenarkan anda menambah laman web kegemaran anda pada skrin dan dipaparkan sebagai aplikasi. Sebaik sahaja anda memasang plugin ini pada Chrome, ianya disertakan dengan beberapa pintasan ke laman web seperti Facebook, YouTube, Gmail, Instagram dan lain-lain atau permainan yang menyokong pelayar web Chrome.

iOS7-home-3

Untuk melakukan pengubahsuaian pada pintasan/aplikasi anda perlu klik pada ikon aplikasi seketika seperti pada peranti iOS, dan anda boleh menyusun atau membuang aplikasi yang anda tidak mahu.

iOS7-home-4

Selain dari itu, jika anda perasan terdapat aplikasi App Store yang membenarkan anda menambah perkhidmatan, permainan atau laman web jika ianya tersenarai disana. Anda juga boleh melakukan carian padanya bagi memudahkan anda mencari laman web atau plugin tersebut.

iOS7-home-2

Pada aplikasi Settings, ianya memberi anda pilihan penambahan untuk aplikasi atau pintasan laman web yang tidak tersenarai. Selain dari itu, anda juga boleh mengubah gambar latar belakangnya, serta memindah segala tetapan termasuk senarai ikon dan pengubahsuaian yang telah dilakukan.

Muat Turun Plugin iOS 7 Home untuk pelayar Chrome


Viewing all articles
Browse latest Browse all 144