Seperti mana yang diumumkan oleh pihak Facebook semalam, aplikasi Messenger untuk Android dan iOS akan diberi nafas baru untuk paparan antaramukanya. Beserta dengan kemaskini yang akan hadir ini, pihak Facebook telah melucutkan integrasi bersama SMS untuk aplikasi ini. Dengan paparan yang boleh dikatakan diadaptasi dari paparan UI iOS7 ini ianya kelihatan lebih kemas dan ringkas berbanding paparan yang sedia ada.
Seperti yang diperkatakan tadi, paparan UInya lebih menyerupai iOS 7 dan sedikit menyerupai Android Holo. Walau bagaimanapun, paparan baru ini secara langsung tidak selaras dengan paparan Facebook. Proses menghantar mesej juga lebih pantas dan masih menyertakan toggle pengesan lokasi serta emoticon sticker padanya.
Melalui kemaskini ini, aplikasi Messenger kini mempunyai tab yang memaparkan rakan yang sedang aktif di Facebook dan menunjukkan sama ada mereka menggunakan pelayar web atau peranti mudah alih. Sebuah lencana biru juga menunjukkan dimana aplikasi Messenger dipasang pada peranti mereka atau tidak.
Bagi mereka yang ingin mencuba aplikasi Messenger ini, anda boleh memuat turun melalui pautan dibawah. Tetapi ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum memasangnya pada peranti anda. Pertama, jika anda telah memasang aplikasi Messenger pada peranti, anda perlu memadamnya terlebih dahulu. Sebaik anda memasang aplikasi Messenger yang tertiris ini, jangan sesekali mengemaskini aplikasi ini di Play Store kerana ianya akan kembali kepada versi yang lama.
Muat Turun Aplikasi Facebook Messenger. #Pautan 1. #Pautan 2.
Sumber Facebook Messenger APK : AndroidPolice