Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

Ulasan – Ninetology U9R1

$
0
0

u9r1_review_1

Seperti yang diberitahu pada artikel lepas, pihak Ninetology memperkenalkan siri baru untuk peranti mereka yang dikenali sebagai siri U9. Untuk permulaan siri U9, pihak Ninetology memperkenalkan peranti Z1, Z1+ dan X1. Pada 16 Oktober lepas, pihak Ninetology menambah model peranti mereka didalam siri U9 iaitu R1. Bagi peranti R1 ini, pihak Ninetology menyatakan ianya sebuah peranti kelas pertengahan (mid-range).  Berbeza peranti didalam siri U9 yang lain, R1 menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 200 dan dijalankan dengan Android 4.1 Jelly Bean.

Baca ulasan penuh bagi peranti Ninetology U9Z1

Bersama-sama dengan pelancaran peranti U9R1 ini, pihak Ninetology juga melancarkan kempen Smart Ecology 2 yang bertujuan mengkitar semula telefon untuk kebaikan alam sekitar. Telefon yang telah dikumpul akan dikitar semula melalui Green Recycling Technology dibawah kerjasama pihak Ninetology dan Persatuan Pecinta Alam Sekitar Malaysia (MNC).

Untuk maklumat mengenai Kempen Smart Ecology 2 dari Ninetology ini, kami akan terbitkan didalam artikel yang akan datang.

devider

Ciri-ciri Ninetology U9R1

Perkakasan (Hardware)

Bagi peranti U9R1 ini, ianya didatangkan dengan skrin sebesar 4.3 inci menjadikannya peranti yang menggunakan saiz skrin yang paling kecil didalam siri U9. Dengan menggunakan skrin sesentuh One Glass Solution (OGS) dan IPS (In-Plane Switching) panel ianya memberi paparan skrin demgan lebih jelas serta sudut penglihatan yang lebih meluas. Malahan pula, ianya dijana dengan cip pemproses Qualcomm® Snapdragon 200 1.2GHz Quad-Core dan pemproses grafik Andreno 203. Bagi kamera pula, ianya menggunakan kamera bersaiz 8 Megapiksel dibahagian belakang manakala 2 Megapiksel untuk kamera hadapan. Selain dari itu, U9R1 ini dikuasakan dengan bateri Polymer berkapasiti 1600mAh tetapi ianya tidak boleh dikeluarkan walaupun anda boleh mengaksesnya.

Perisian (Software)

Sama seperti peranti U9Z1 yang kami telah ulas sebelum ini, peranti U9R1 ini juga didatangkan dengan bebeberapa aplikasi yang telah dipermuatkan didalamnya seperti :

  • Pelayar Web : Pelayar web asal
  • Android Launcher/UI : Launcher/UI asal Android. (Sama seperti peranti Nexus)
  • Sosial : Facebook, YouTube, WeChat, Google+, Google Hangouts
  • Media : Kamera, galeri, FM Radio, Music Player & Video Player
  • Lain-lain : Kalendar, Kalkulator, Google Maps, Adobe Reader, QR Droid, NQ Mobile Security, NQ Valut, M Warranty, Snapdragon Battery Guru & ThinkFree Office Viewer.

Beberapa aplikasi seperti QR Droid, ThinkFree Office Viewer, WeChat dan lain-lain tidak boleh dibuang tetapi ada sesetengah darinya boleh dimatikan (disable).

Kami ada memasang aplikasi CPU-Z pada peranti ini. Apa yang memeranjatkan kami, ianya mempunyai akses ‘Root‘. Tetapi, dari percubaan kami untuk memasang aplikasi seperti Superuser dan lain-lain aplikasi yang memerlukan akses root tersebut tidak berjaya. Kami merasakan ianya mungkin mempunyai cara alternatif lain untuk memasang aplikasi berikut. Kami hanya cuba memasangnya didalam format .apk dan tidak melalui recovery walaupun kami berjaya memasuki ruang tersebut.

devider

Spesifikasi Teknikal Ninetology U9R1

Spesifikasi Ninetology U9R1
Sistem Operasi, Prosessor, GPU & RAMSistem operasi : Android 4.1.2 (Jelly Bean)
Prosessor : 1.2 GHz Quad-Core (Qualcomm® Snapdragon™ 200)
GPU: Andreno 203
RAM : 1GB RAM
SkrinResolusi: 960 x 540, 4.3 inci
Jenis: IPS LCD Capasitive Touchscreen
Lain-lain: One Glass Solution (OGS), Optical Clear Adhesive (OCA)
Dimensi126.3 mm x 62.9 mm x 7.8 mm
r1_dimension
Berat107.5 gram
KameraKamera Belakang : 8MP, 3200x2400 piksel, Auto fokus, LED Flash, Face Detection, Panorama
Rakaman Video: Format 3GP (720p@15fps)
Kamera Hadapan: 2MP
Memori4GB ruangan storan dalaman, menyokong kad memori
Jenis Kad Memori : MicroSD (kapasiti sehingga 32GB)
SambunganWiFi : Wi-Fi 802.11 a/ac/b/g/n, dual-band, Wi-Fi hotspot
Tidak Menyokong jaringan LTE/4G
Bluetooth : v3.0
USB: microUSB v2.0
NFC : Tiada
Bateri1600mAh Polymer bateri. Boleh diakses tetapi tidak boleh ditanggalkan.
Harga PasaranRM799
Pilihan WarnaHitam (Black) & Merah (Red)
AksesoriPengecas USB palam 3-pin , kabel USB, Earpiece, Screen Protector(Clear), Protection Case (Snap-Case), Quick Start Guide, Warranty Card
Lain-lainSensor: Accelerometer, gyro, proximity, magnetic & compass
Radio: FM Radio
GPS: Mempunyai sokongan A-GPS dan GLONASS
Ianya peranti dual-sim. Menggunakan sim bersaiz Micro-SIM
SIM 1 : GSM / WCDMA
SIM 2 : GSM

devider

Video Nyah-kotak (Unboxing) & Pandang Pertama Ninetology U9R1

devider

Reka Bentuk

 Untuk peranti U9R1 ini, jujur kami katakan disini kami menyukai reka bentuknya. Walaupun ianya nampak ringkas, tapi ianya masih lagi kelihatan eklusif pada kami. Agak berbeza sedikit dengan reka bentuk peranti lain dari siri U9 (Z1 dan Z1+) yang kelihatan seakan-akan peranti Samsung. Untuk U9R1, bahan binaannya berasaskan plastik dan mempunyai permukaan yang licin. Ianya bertepatan dengan motto yang diberikan pada peranti ini iaitu “Magnific Redefined. Sleek. Slim. Sporty.”. Dengan saiz yang selesa dipegang, peranti ini juga tidak menimbulkan masalah pada kami jika menggunakan sebelah tangan sahaja. Kedudukan butang kuasa (power) yang berada dibahagian kanan peranti juga mudah diakses berbanding peranti HTC One X yang kami miliki ianya berada pada bahagian atas. Bagi butang navigasi menu pula, ianya menggunakan butang kapasitif. Tetapi ianya agak pelik kerana ianya menggunakan simbol titik (rujuk gambar dibawah) dan bukannya simbol ikon pada kebanyakkan peranti Android. Pada mulanya ianya agak sukar pada kami kerana telefon pintar yang kami gunakan adalah dari HTC yang menyediakan kekunci Menu pada bahagian kanan dan kekunci Back pada kiri skrin.

Kelemahan yang kami temui pada peranti ini adalah permukaan bahagian belakangnya yang kelihatan mudah tercalar. Walaupun ianya disertakan dengan snap-case cover, tetapi bahan binaan dan permukaannya juga mudah calar. Seperti peranti U9Z1, peranti U9R1 juga mempunyai kedudukan pembesar suara dibahagian belakang peranti tidak bersesuaian jika anda meletakkan peranti dipermukaan rata mahupun semasa dipegang. Oleh sebab itu, bunyi yang dihasilkan tenggelam akibat bahagian pembesar suara tertutup.

Walaupun skrinya bukanlah didatangkan dengan paparan HD, tetapi hasilnya masih memuaskan. Penghasilan warna dari skrin tidaklah teruk untuk kami perkatakan kerana ianya adalah sebuah peranti kelas pertengahan. Walaupun begitu, dibawah cahaya matahari anda masih dapat melihat paparan pada skrin dengan jelas kerana ianya menggunakan skrin sesentuh One Glass Solution (OGS).

devider

Paparan Antaramuka UI

u9r1_ui

Walaupun peranti U9R1 ini masih menggunakan paparan ui/launcher asal Android tetapi ianya mempunyai kelebihan tersendiri.  Antaranya akses ke bahagian tetapan atau app drawer/widget lebih pantas. Tetapi pada bahagian homescreen agak mengecewakan kami dimana pengguna tidak boleh menambah atau membuang bilangan homescreen kerana ianya telah ditetapkan kepada 5 homescreen sahaja. Manakala pada bahagian app drawer pula, tab untuk Apps dan Widgets tidak dipisahkan. Apa yang kami maksudkan disini ialah apabila anda melakukan swipe pada tab Apps ke kiri skrin secara berterusan, pada halaman terakhir Apps ianya tidak berhenti disitu atau kembali ke halaman utama Apps tetapi terus memasuki bahagian untuk Widgets. Ianya agak kurang menarik pada kami kerana kami berpendapat kedua-dua bahagian tab Apps dan Widgets perlu diasingkan.

Antara perubahan UI yang nyata jika kami ingin bandingkan dengan peranti Ninetology untuk siri U9 yang lain adalah pada bahagian talam notifikasinya. Seperti yang diberitahu sebelum ini, hanya peranti U9R1 yang menggunakan Android versi 4.1.2 Jelly Bean berbanding 4.2.2 Jelly Bean yang digunakan pada peranti Z1, Z1+, dan X1. Pada Android 4.2.2 ianya terdapat satu pintasan kepada halaman Quick Settings, tetapi pada 4.1.2, ianya tidak disertakan. Tetapi pintasan pelbagai fungsi seperti Wi-Fi, Bluetooth, GPS dan lain-lain masih lagi dilengkapi pada paparan utama talam notifikasi tersebut.

devider

Kamera

Untuk peranti U9R1 ianya dilengkapi dengan kamera 8 MP pada bahagian belakang dan 2MP untuk kamera hadapan. Pada aplikasi kameranya, ianya tidak didatangkan dengan ciri-ciri tambahan seperti peranti U9Z1 yang mempunyai fungsi BEAUTY mode. Yang menghairankan kami, untuk rakaman video ianya masih menggunakan format 3GP sama seperti peranti U9Z1. Walaubagaimana pun, ianya berkemampuan merakam video sehingga format 720p. Dari percubaan kami, adakalanya hasil gambarnya lebih bagus jika dibandingkan dengan hasil gambar dari peranti HTC One X kami. Sebagai contoh yang ketara adalah semasa kami ingin mengambil gambar dalam mod Macro. Boleh dikatakan disini hasil gambar dari kamera U9R1 lebih baik dan meninggalkan hasil gambar dari HTC One X kami. Walaupun begitu, hasil keseluruhan gambarnya masih ditahap yang rendah. Berikut adalah beberapa gambar yang kami telah rakamkan untuk pembandingan. Seperti biasa, untuk paparan lebih jelas, anda perlu klik pada pautan dibawah gambar tersebut.

perbezaan_kamera_1
Gambar diruang dalaman (Indoor).
Klik untuk gambar asal Ninetology U9R1 dan HTC One X.

perbezaan_kamera_2
Gambar dari tingkap rumah.
Klik untuk gambar asal dari Ninetology U9R1 dan HTC One X.

perbezaan_kamera_3
Gambar didalam mode Macro.
Klik untuk gambar asal untuk Ninetology U9R1 & HTC One X.

perbezaan_kamera_4
Gambar waktu malam (Mode : Auto).
Klik untuk gambar asal dari Ninetology U9R1 & HTC One X.

perbezaan_kamera_5
Gambar waktu malam (Mode : Night Mode).
Klik untuk gambar asal dari Ninetology U9R1 & HTC One X
devider

Bateri

Untuk bateri, pihak Ninetology memilih untuk menggunakan bateri dari Polymer yang berkapasiti 1600mAh. Anda boleh mengakses ke bahagian baterinya tetapi ianya tidak boleh ditanggalkan/dipisahkan dari peranti tersebut. Dengan berkapasiti hanya 1600mAh, ianya hanya dapat bertahan hampir 7 jam dari penggunaan kami. Ya, kami tidak nafikan disini peranti ini mempunyai kapasiti bateri yang sedikit, tetapi jika penggunaan tidaklah semaksimum kami, kami yakin anda mungkin boleh mecapai tahap 8-10 jam jangka hayatnya.

10 Tips Menjimatkan Penggunaan Kuasa Bateri Telefon Pintar

devider

Rumusan

Dengan harga pasaran sebanyak RM799 kami rasakan ianya berbaloi untuk dimiliki oleh mereka yang tidak cerewet akan spesifikasi sesuatu peranti atau telefon pintar. Dengan kos sebegitu, kami rasakan tiada jenama lain yang mampu menawarkan spesifikasi dan aksesori tambahan seperti yang ditawarkan oleh pihak Ninetology. Walaupun ianya hanya sebuah peranti yang disasarkan untuk kategori pertengahan, harga pasarannya lebih murah dari peranti lain dan peranti ini mempunyai tangga harga yang hampir sama dengan peranti yang lebih rendah spesifikasinya. Malahan, pihak Ninetology juga mempunyai beberapa kempen yang menawarkan pelbagai rebat untuk menarik pengguna membeli peranti dari mereka antaranya kempen Smart Ecology 2.

Jika peranti Ninetology anda mempunyai masalah, anda tidak perlu risau kerana setiap peranti dari Ninetology mempunyai jaminan (warranty) dan pusat servis (service center) juga terdapat di pelbagai lokasi sekitar negara. Rujuk laman rasmi Ninetology untuk senarai lokasi pusat servis

Malangnya, anda perlu membeli kad memori tambahan kerana saiz memori yang disertakan pada peranti ini terlalu rendah iaitu 4GB. Begitu juga dengan saiz sim yang menggunakan saiz mikroSIM. Tambahan, pemasangan aplikasi yang memerlukan tahap keperluan yang tinggi juga tidak bersesuaian pada peranti ini.

Kesimpulannya, peranti ini amat bersesuaian kepada mereka yang mempunyai tahap penggunaan yang ringan (light duty). Sebagai contoh jika anda memerlukan telefon pintar yang anda rasakan sekadar dapat melayari internet, menggunakan beberapa aplikasi permesejan percuma seperti Whatsapp, WeChat dan mempunyai kamera, peranti ini amat sesuai dengan anda. Tidak perlu mengeluarkan kos yang lebih tinggi jika penggunaan anda tidaklah semaksima mana.

Jika anda masih tercari-cari telefon apakah dan aspek utama yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli telefon pintar, anda boleh membaca panduannya melalui pautan berikut. “Aspek Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Telefon Pintar


Viewing all articles
Browse latest Browse all 144