Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

EagleGet – Aplikasi Pengurusan Muat-turun Alternatif

$
0
0

Pengguna komputer memasang pelbagai aplikasi dan perisian didalam komputer milik mereka bagi memudahkan penggunaan harian. Bagi komputer yang mempunyai sambungan internet adalah satu kepastian dimana mereka akan memasang aplikasi pengurusan muat-turun (download manager). Pelbagai aplikasi yang menawarkan ciri seperti ini dan pasti ianya didatangkan didalam pelbagai saiz, paparan UI dan ada yang perlu dibeli. Selain dari itu, pelayar web seperti Chrome, Firefox, Opera dan Internet Explorer juga telah didatangkan dengan pengurusan muat-turun mereka sendiri. Malangnya, pengurusan muat-turun terbina pada pelayar web tersebut tidak mempunyai keupayaan untuk mempercepatkan proses muat-turun.

Jika ditanya pada ramai orang, pasti mereka memilih aplikasi Internet Download Manager. Tetapi aplikasi IDM tersebut adalah aplikasi berbayar. Jadi hari ini kami ingin memperkenalkan satu aplikasi yang semestinya percuma dan berfungsi hampir serupa seperti IDM iaitu EagleGet.

eagleget-main-uiAplikasi EagleGet ini mempunyai paparan UI yang kemas dan ringkas serta tidak menggunakan jumlah memori yang tinggi. Selain dari itu, ia juga menawarkan ciri-ciri muat-turun mengikut kategori yang telah ditetapkan sama seperti IDM sebagai contoh Media, Documents, Software dan Compressed. Malahan ianya juga membahagikan muat-turun yang sedang dilakukan atau telah selesai dimuat-turun didalam kategori All, Processing dan Completed.

Browser-context-menu

Seperti IDM, EagleGet juga mempunyai ciri Video Grabber yang mana akan memaparkan satu popup khas pada sesuatu video yang sedang dimainkan pada pelayar web. Antara laman yang disokong adalah YouTube, Facebook, Dailymotion dan lain-lain. EagleGet juga berintegrasi dengan pelayar web Firefox, Chrome, Opera dan lain-lain serta menawarkan muat-turun berbilang bagi mempercepatkan proses muat-turun.

Lain-lain ciri yang terdapat pada aplikasi EagleGet seperti memuat-turun link yang telah luput secara automatik.

eagleget-resume-download

Muat-turun aplikasi EagleGet hari ini

Aplikasi EagleGet ini menyokong Windows XP, Vista, 7 dan 8


Viewing all articles
Browse latest Browse all 144