Hari ini, pihak Nokia Malaysia mengumumkan bahawa peranti terbaru Windows Phone 8 mereka iaitu Nokia Lumia 625 akan dipasarkan dengan harga RM939. Sehubungan dengan itu, pembeli boleh mendapatkan peranti tersebut mulai minggu hadapan bagi Lembah Klang manakala awal September bagi seluruh negara. Menariknya mengenai ini, ianya didatangkan dengan skrin bersaiz 4.7 inci dan menawarkan sambungan LTE.
![lumia-625](http://i2.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2013/08/lumia-625.jpg?resize=500%2C334)
Bagi meneruskan tradisi peranti terbaru Nokia, mereka menawarkan 5 pilihan warna bahagian belakang (back cover) iaitu jingga (orange), hijau, kuning, hitam dan putih. Selain dari sambungan LTE, ianya juga didatangkan dengan bateri berkapasiti 2000mAh. Bagi ruangan storan pula, peranti ini membawakan ruangan sebesar 8GB dan mempunyai sokongan kad memori SD sehingga 64GB.
Untuk peranti ini, ianya telah didatangkan dengan kemaskini Windows Phone Amber.
Sistem Operasi, Prosessor, GPU & RAM | Sistem operasi: Microsoft Windows Phone 8 Prosessor : 1.2 Ghz dual-core Snapdragon S4 (MSM 8930) GPU: Adreno 305 RAM : 512MB RAM |
Skrin | Resolusi: 480 x 800 piksel, 4.7 inci (199 ppi) Jenis: IPS LCD Capasitive Touchscreen Lain-lain: Corning Gorilla Glass 2 |
Dimensi | 133.3 x 72.3 x 9.2 mm,(5.25 x 2.85 x 0.36 in)![]() |
Berat | 159 gram |
Kamera | Kamera Belakang : 5MP, 2592х1936 piksel, Auto-Fokus, & dual-LED flash Rakaman Video: 1080p@30fps, & Penstabilan Video. Kamera Hadapan: VGA |
Memori | 8GB ruangan storan, menyokong kad memori MicroSD sehingga 64GB Percuma 7GB ruang storan di SkyDrive |
Sambungan | WiFi : Wi-Fi 802.11 a/ac/b/g/n, dual-band, DLNA, Wi-Fi hotspot Menyokong jaringan LTE/4G Bluetooth : v4.0 with A2DP & LE USB: microUSB v2.0 NFC : Tiada |
Bateri | 2000mAh Li-Ion bateri (BP-4GWA), Boleh diakses, tetapi untuk menukarnya perlu menggunakan pemutar skru khas. |
Lain-lain | Sensor: Accelerometer, gyro, proximity, & compass Radio: FM Radio GPS: Mempunyai sokongan A-GPS dan GLONASS Cloud Storan: SkyDrive (7GB) Audio: Dolby Headphone sound enhancement |
Harga Pasaran | RM939 di Nokia Retail Store. Lembah Klang penghujung bulan Ogos 2013, seluruh negara awal bulan September. |
Pilihan Warna | Kuning (Yellow), Hitam (Black), Putih (White), Hijau (Bright Green) dan Jingga (Orange) |
http://www.youtube.com/watch?v=bicgWtDPJz0