Hari ini telefon adalah salah satu barang asas dan terpenting buat setiap orang. Apabila anda kehilangannya pasti hari anda akan bertukar menjadi huru-hara. Apatah lagi bila ianya melibatkan kes kecurian dan anda tidak mengambil langkah keselamatan untuk melindungi peranti anda dari diakses oleh orang lain, misalnya menggunakan aplikasi pihak ke-tiga. Malahan jika anda hanya terlupa dimana anda meletanya atau tercicir, anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mencari peranti tersebut.
Perisian yang membenarkan anda mengakses peranti dari jauh boleh membantu anda dalam kedua-dua kes, sama ada dengan mencari telefon anda atau memadam semua data pada supaya pencuri tidak boleh mengakses data dan mendatangkan kemudaratan pada anda.
Contoh aplikasi pihak ke-tiga Android yang membenarkan anda melakukan perkara diatas adalah Plan B
Baru-baru ini, pihak Google telah mengumumkan satu fungsi baru iaitu Android Device Manager. Ianya adalah perkhidmatan terbina didalam (built-in service) yang menyediakan anda dengan keupayaan akses dari jauh, dengan syarat peranti anda disokong oleh ciri yang ditetapkan.
Telefon HTC One X aku telah pun dikemaskini dan mempunyai fungsi tersebut, jadi berikut adalah langkah pengaktifannya dan bagaimana ianya berfungsi dan menggunakannya.
1. Pertama sekali pergi ke bahagian tetapan (Settings) pilih menu Security.
2. Seterusnya pada bahagian Device Adminitration, pilih Device Administrators.
3. Jika terdapat Android Device Manager, ini bermakna peranti anda menyokong fungsi baru ini.
4. Tandakan pada fungsi tersebut dan anda akan diminta kebenaran untuk mengaktifkannya. Pilih Active jika anda mahu membenarkan ciri yang dinyatakan sebelum ini dijalankan pada peranti anda.
5. Kini ciri tersebut telah diaktifkan pada peranti anda.
Untuk menggunakan anda perlu pergi ke satu halaman yang dikhaskan untuk Android Device Manager melalui pelayar web komputer/peranti yang lain. Disana anda perlu mendaftar masuk menggunakan akaun Google yang sama digunakan oleh peranti Android anda.
Pergi ke halaman Android Device Manager
Berikut adalah paparan yang akan dipaparkan pada pelayar web jika anda berjaya mengaktifkan fungsi Android Device Manager dan dibawah adalah sedikit penerangan mengenainya.
- Ianya akan memaparkan lokasi dimana peranti anda berada. Malangnya untuk lokasi yang lebih tepat ianya memerlukan anda mengaktifkan fungsi GPS pada peranti anda. Tetapi jika fungsi GPS peranti anda tidak diaktifkan, ianya akan memaparkan lokasi yang berdekatan berpandukan cell tower triangulation, dan lokasi berasaskan Wifi.
- Fungsi Ring akan menyebabkan peranti anda akan berdering selama 5 minit didalam keadaan kelantangan penuh (full volume). Untuk mematikan deringan tersebut, anda perlu menekan butang kuasa (power button).
- Erase Device akan memadam segala data (factory reset) yang terdapat didalam telefon tanpa sebarang amaran. (Anda dilarang menggunakan fungsi ini jika mahu mencuba bagaimana ianya berfungsi)
Walaupun Android Device Manager ini tidak menawarkan ciri-ciri yang banyak, tetapi ianya masih boleh digunakan sebagai langkah keselamatan untuk peranti anda. Jika anda memerlukan ciri-ciri yang lebih dari yang ditawarkan, terdapat pelbagai aplikasi pihak ke-tiga yang boleh digunakan oleh anda. Jika anda ada menggunakan aplikasi tersebut, sila nyatakan pada ruangan komen dibawah. Kongsikan bersama-sama kami. Terima kasih.