Pada bulan Februari yang lalu, pihak HTC telah memperkenalkan peranti baru didalam keluarga One iaitu HTC One, dan pada bulan April ianya telah pun dipasarkan untuk pasaran tempatan. Pada hari ini, pihak HTC telah pun memasarkan variasi warna Merah (Glamour Red) yang sebelum ini hanya mempunyai variasi warna Putih dan Hitam.
HTC One adalah satu peranti yang dilengkapi dengan kerangka aluminium serta didatangkan dengan paparan HTC Sense UI versi ke-5 (Sense 5). Selain itu, keupayaan kameranya yang didatangkan dengan ciri penstabilan imej optik (optical image stabilization, OIS) dan kamera UltraPixel yang dikatakan mampu menghasilkan gambar cahaya rendah yang baik.
![htc-one](http://i1.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2013/08/htc-one.jpg?w=100%25)
Telefon pintar HTC One ini dijual dengan harga RM2299 untuk variasi 32GB dan RM2499 untuk variasi 64GB. Selain itu, ianya menyokong sambungan LTE.
![]() |
|
---|---|
Sistem Operasi, Prosessor, Chipset, GPU & RAM | Sistem operasi: Android OS, v4.1.2 (Jelly Bean), boleh dikemaskini kepada v4.2.2 (Jelly Bean) kelak. Prosessor : Quad-core 1.7 GHz Krait 300 Chipset : Qualcomm APQ8064T Snapdragon 600 GPU: Adreno 320 RAM : 2GB RAM |
Skrin | Resolusi: 1080 x 1920 piksel, 4.7 inci (~469 ppi) Jenis: Super LCD3 Capasitive Touchscreen Lain-lain: Corning Gorilla Glass 2 dan menggunakan paparan HTC Sense UI v5 |
Dimensi | 137.4 x 68.2 x 9.3 mm (5.41 x 2.69 x 0.37 in) |
Berat | 143 gram |
Kamera | Kamera Belakang : 4 MP UltraPixels, 2688 x 1520 pixels, autofocus, & LED flash Rakaman Video: 1080p@30fps, HDR, stereo sound rec., & video stabilization. Kamera Hadapan : 2.1 Megapiksel & rakaman video 1080p@30fps, HDR |
Memori | 32/64 GB ruangan storan, tidak menyokong kad memori MicroSD |
Sambungan | WiFi : Wi-Fi 802.11 a/ac/b/g/n, Wi-Fi Direct, DLNA, Wi-Fi hotspot Menyokong jaringan LTE/4G (Dikatakan menyokong frekuensi 1900Mhz) Bluetooth : v4.0 with A2DP USB: microUSB v2.0 (MHL) NFC : Ya |
Bateri | 2300mAh Li-Po, tidak boleh diakses |
Lain-lain | Sensor: Accelerometer, gyro, proximity, & kompas Radio: Stereo FM radio dengan RDS GPS: Mempunyai sokongan A-GPS dan GLONASS Cloud Storan: Dropbox (25 GB) Audio: Beats Audio sound |
Harga Pasaran | RM2299 untuk kapasiti 32GB. Bakal memasuki pasaran Malaysia pada bulan April ini. |
Pilihan Warna | Hitam (Black), Perak (Silver) & Merah (Red) |