Banyak extension/addon yang boleh digunakan pada Google Chrome bagi mengubah paparan asal halaman tab baru. Tetapi, ianya memerlukan anda mencubanya satu persatu extension berikut untuk melihat bagaimana ianya berfungsi. Hari ini aku ingin mencadangkan satu extension iaitu New Tab Page yang mempunyai bar carian Google dengan sokongan suara, integrasi bersama halaman yang dikunjungi sebelum ini (recently visited pages), berita terkini, dan ramalan cuaca untuk lokasi anda.
Buat masa ini, extension ini tidak membenarkan pengguna melakukan sebarang tetapan terhadap paparannya kecuali ramalan cuaca.
Sebaik sahaja anda memasang extension ini, ianya akan mengambil alih paparan utama tab baru Chrome anda. Bagi ciri ‘laman yang dilawati sebelum ini’, ianya memaparkan thumbnail untuk laman yang anda lawati. Tetapi ada kalanya paparan thumbnail tersebut tidak kelihatan. Manakala untuk kolum News, pelbagai info/berita terbaru akan dipaparkan dari sumber yang masih belum jelas. Sudah pastinya ianya masih belum boleh diubahsuai. Bagi paparan info ramalan cuaca pula, anda boleh menetapkan lokasinya mengikut lokasi anda. Tetapi, anda perlu mengklik ‘Use Current Location‘ untuk menetapkan lokasi dimana anda berada kerana ianya tidak dijalankan secara automatik. Walaupun terdapat sokongan yang terhad antaranya pengguna tidak boleh menukar format suhu yang dipaparkan tetapi dengan sokongan ramalan cuaca untuk 4 hari seterusnya agak bersesuaian. Akhir sekali, ruangan Apps memaparkan senarai widget/extension yang telah dipasang sebelum ini.
Muat Turun Extension New Tab Page
Muat Turun Extension New Tab Pages melalui Chrome Web Store.