Mempunyai senarai tetapan yang kerap digunakan pada sesuatu tempat membantu hari-hari anda menggunakan peranti Android. Apabila memerlukan sesuatu tetapan itu, adakalanya ianya mengambil masa kerana anda perlu pergi ke satu-satu menu atau sub menu untuk mencari tetapan tersebut. Menavigasi pada bahagian tetapan pada peranti Android anda kadang-kala merumitkan kerana tidak mengetahui dimana tetapan tersebut ditempatkan. Disebabkan ini, banyak pembangun aplikasi bebas datang dengan pelbagai cara untuk memudahkan anda mengakses tetapan-tetapan tersebut. Sebagai contoh dengan menggoncang peranti anda untuk menangkap paparan skrin (screenshot) atau menukar muzik yang dimainkan tanpa perlu menekan sebarang kekunci pada skrin.
Dengan mengadaptasi susun atur bahagian tetapan pada HTC Sense 5, pembangun bebas Laehmic dari XDA Developers membangunkan aplikasi yang menyerupai bahagian tetapan tersebut yang diberi nama Quick Settings. Aplikasi ini memaparkan kebanyakan pintasan dan fungsi yang kerap diakses termasuk toggle, slider dan pintasan termasuk fungsi ADB dan WiFi Hotspot Tether.
Pembangun aplikasi ini memberitahu beberapa fungsi hanya sekadar pintasan semata-mata seperti GPS, ADB dan data, tetapi ianya masih memaparkan keadaan sebenar fungsi tersebut. Jika anda telah melakukan ‘root’ pada peranti Android anda, satu fungsi tambahan dipaparkan. Buat masa ini, aplikasi ini masih baru dan sebarang bug yang anda hadapi laporkanlah kepada pembangunnya agar ianya dapat menambahbaik fungsi aplikasi tersebut.
Muat Turun Aplikasi Quick Settings
Muat Turun Aplikasi Quick Settings melalui Forum XDA-Developers
Aplikasi ni memang berguna. Pinkan sahaja ikon pada homescreen atau boleh aktifkan di notification center. UI dia pun menarik. Apa pendapat anda mengenai aplikasi ni? Kat pula bawah adalah paparan homescreen HTC One V aku yang telah aku custom dengan ikon Sense 5, wallpaper dan widget. Tak sabar plak nak cuba HTC One