Baru-baru ini Facebook mengumumkan Facebook Home untuk pengguna Android. Selain dari itu Facebook juga memperkenalkan fungsi Chat Head untuk aplikasi mereka manakala sokongan Stickers telah diperkenalkan untuk pengguna peranti iOS. Bagi mereka yang menggunakan peranti Android fungsi ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Facebook, tetapi fungsi ini telah pun dibina untuk Android dan masih belum diaktifkan lagi.
Sebelum aku meneruskan tutorial ini, anda perlulah mempunyai akaun Facebook dan memasang aplikasi Facebook Messenger pada peranti Android anda.
Muat-turun Aplikasi Facebook Messenger Untuk Android
1. Pengaktifan Melalui Chat Head & Butang Tersembunyi
Untuk cara ini pengguna perlu mengaktifkan fungsi Pop-out Chat Head terlebih dahulu. Seterusnya anda perlu menekan pada butang tersembunyi yang terdapat seperti gambar dibawah.
Gambar ihsan : Amanz.MY
Untuk maklumat lanjut mengenai langkah ini, anda boleh merujuk artikel yang ditulis di Amanz.MY – Bagaimana Menggunakan Sticker Pada Facebook Messenger Di Android?
2. Pengaktifan Dengan Pengubahsuaian Database
Untuk cara ini anda perlu menggunakan aplikasi yang boleh mengubahsuai database sesuatu aplikasi dan menggunakan ROM yang telah diroot
Untuk langkah ini, anda perlu menggunakan aplikasi SQLite Editor atau sebagainya untuk membuka database Facebook Messenger (com.facebook.ocra). Seterusnya anda perlu mencari database ‘prefs_db’ dan memilih table ‘preferences’. Cari table yang mempunyai perkataan ‘sticker‘ dan tukarkan Value dari ’0′ kepada ’1′. Seterusnya buka aplikasi Facebook Messenger untuk melihat samaada cara ini berjaya atau tidak.
Adakalanya anda perlu melakukan langkah ini berkali-kali bagi menggunakan sticker pada Facebook Messenger dan mungkin memerlukan anda ‘Restart’ aplikasi atau peranti Android
3. Terus Tenang
Jika kedua-dua cara diatas tidak berjaya, anda perlu menunggu dengan tabah sehingga pihak Facebook mengaktifkan fungsi Sticker ini untuk peranti Android.
Selepas berminggu-minggu blog ini sunyi tanpa sebarang kemaskini atas sebab kesibukan kerja dan hal peribadi, hari ni dapat gak aku tulis satu entri walaupun agak merapu. Hehe. Jika anda mempunyai sebarang idea atau pertanyaan, lontarkan kepada kami di halaman Facebook MrPiratz.Com.