Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

#Tips : Aspek Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Tablet

$
0
0
tablet

Dalam beberapa tahun ini, banyak peranti tablet yang telah diperkenalkan dan menjadi antara produk yang terlaris dijual. Dengan ini, banyak pengeluar peranti elektronik memperkenalkan peranti tablet dari mereka. Sehubungan dengan itu, ramai yang masih tertanya-tanya tablet manakah yang bersesuaian dengan mereka.

Sama ada anda sedang menyasarkan untuk memiliki iPad, Windows RT, atau salah satu tablet Android yang tersedia, di sini adalah faktor utama yang anda perlu untuk mempertimbangkan apabila membeli sebuah tablet.

Keperluan atau Kehendak?

Ringkasnya, tablet tidak begitu mengisi keperluan seseorang pengguna. Sudahpun diperkenalkan lebih dari tiga tahun, tablet masih belum dapat menggantikan tugasan pada komputer atau telefon pintar. Walaupun anda boleh melakukan beberapa tugas produktiviti dengan tablet, tetapi anda masih tidak setaraf dengan sistem operasi desktop seperti yang anda akan dapati pada PC. Tambahan pula, ianya menggunakan papan kekunci skrin (On-screen Keyboard). Ya, ianya mempunyai sokongan peranti atau perkakasan tambahan seperti papan kekunci bluetooth, tetapi tidak menyediakan keselesaan yang sama seperti penggunaan pada komputer riba atau desktop. Walaupun pada tablet tersebut mempunyai aplikasi yang mungkin produktif untuk anda seperti aplikasi penyunting imej, aplikasi dokumen seperti Word, powerpoint, excel, atau pdf, tetapi anda tidak boleh mengharapkan hasilnya sama seperti di komputer/desktop. Biarpun ianya tidak boleh menggantikan sebarang PC, komputer riba atau komputer MAC anda, tetapi jika ianya digunakan untuk mengganti netbook mungkin itu adalah idea atau pilihan yang tepat.

ipad-cover

Tumpuan utama majoriti tablet yang akan membincangkan di sini adalah penggunaan media. Akan itu, tablet mempunyai kelebihan berbanding komputer riba dan telefon, seperti menawarkan cara yang lebih mudah alih untuk memeriksa e-mel, melayari web, panggilan video, menonton filem, mendengar muzik, dan bermain permainan, tambahan pula dengan saiz dan berat yang tidak membebankan anda membawanya ke mana-mana saja. Seperkara lagi anda perlu tahu, peranti tablet ini masih memerlukan penggunaan komputer untuk melakukan tugasan seperti kemaskini firmware, salinan pendua (backup) data, dan pemindahan fail yang bersaiz besar. Oleh itu, anda mungkin benar-benar tidak memerlukan tablet, tetapi jika anda mahu memiliki tablet, teruskan membaca.

Seperator

Sistem Operasi Utama Tablet

Seperti telefon pintar, anda perlu bijak untuk memilih sistem operasi yang digunakan pada jenis tablet tersebut. Sehingga hari ini, terdapat pelbagai jenis sistem operasi diperkenalkan untuk peranti tablet seperti iOS, Android, Windows RT, dan Blackberry.

tablet-os

Secara umumnya, Apple iOS adalah sistem operasi yang digunakan pada iPhone, iPad, dan iPod. Sejujurnya disini, aku mengakui sistem operasi iOS ini adalah yang terbaik untuk kesemua peranti tablet. Dengan sokongan aplikasi yang banyak untuk tablet serta berfungsi dengan baik. Bagi peranti yang mengguna sistem operasi Android, pengguna perlu bijak memilih jenama atau produk dari mana-mana pengeluar. Ini kerana, adakalanya ciri-ciri yang ditawarkan tidak berbaloi dengan harga pasarannya. Versi terkini Android 4.2 Jelly Bean dikatakan versi yang terbaik kerana mempunyai konfigurasi yang maksima, sistem notifikasi yang cekap, pelayaran web lebih pantas dan lancar dan pelbagai lagi integrasi bersama produk Google. Buat masa ini, hanya peranti Nexus saja.

surface

Jika anda mencari peranti tablet yang menawarkan pengalaman seperti di desktop/PC, peranti Windows RT seperti Microsoft Surface adalah yang terbaik buat masa ini. Dengan paparan tile dan tetingkap desktop, ini memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Selain dari itu, kebolehannya melakukan split-screen dan mempunyai sokongan multi-tasking yang begitu baik serta sokongan Microsoft Office padanya. Walaupun paparan antaramukanya senang diadaptasi, tetapi ramai penggunanya mengeluarkan maklum balas negatif terhadap tablet keluaran Microsoft itu antaranya tidak mempunyai sokongan aplikasi desktop.

Seperator

Aplikasi Dan Sokongannya

Google-Play-App-StoreApabila memnggunakan sesebuah tablet, anda pasti akan memastikannya mempunyai aplikasi khas untuk paparan tablet. Tiada sebarang peranti tablet yang dapat menyaingi iPad yang mempunyai lebih 275000 aplikasi dan permainan yang direka bentuk untuk tablet. Ini adalah satu kelebihan jika anda memilih untuk memiliki sesebuah peranti iPad kerana ianya didatangkan dengan pelbagai aplikasi yang menarik dan berfungsi dengan baik bagi paparan skrin, sokongannya dan lain-lain pada tablet tersebut.

Sistem operasi Android adalah pesaing terdekat untuk pilihan aplikasi untuk tablet. Adakalanya anda masih boleh menggunakan aplikasi yang direka bentuk untuk telefon pintar, tapi paparan antaramukanya mengecewakan. Jika anda menggunakan peranti tablet yang bersaiz skrin sebesar 7 inci paparan antaramuka aplikasi mungkin lebih baik dari paparan antaramuka pada tablet 10 inci. Walau bagaimanapun banyak pembangun aplikasi Android cuba mengeluarkan aplikasi mereka khas untuk peranti tablet, tetapi ianya masih belum dapat menyaingi apa yang ditawarkan pada iPad.

Seperti dikhabarkan diatas, Microsoft telah pun memperkenalkan tablet mereka iaitu Microsoft Surface yang menggunakan Windows RT. Microsoft mendakwa terdapat beberapa ribu aplikasi yang menyokong peranti tablet mereka dan ianya meningkat secara berterusan, tetapi ianya masih lagi belum mempunyai aplikasi khas, rasmi atau kegemaran ramai contohnya seperti Facebook, Instagram dan Spotify. Bukan itu saja, bukan semua aplikasi pada Windows 8 boleh digunakan untuk Windows RT (Microsoft Surface).

Beberapa hari lepas, pihak Twitter telahpun mengeluarkan aplikasi Twitter rasmi mereka untuk sistem operasi Windows 8 dan Windows RT. Muat turun aplikasi tersebut disini.

Seperator

Saiz Skrin, Resolusi, Berat dan Ruangan Storan

tablet-sizeMasalah ini diketahui ramai dan jelas. Seperti sedia maklum beberapa aspek dari segi saiz skrin hinggalah ruangan storan ini amatlah penting. Apabila anda mendengar tablet 10 inci atau 7 inci pastilah ianya merujuk pada saiz skrin itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada artikel aku sebelum ini (#Tips : Aspek Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Telefon Pintar), saiz skrin diukur dari penjuru ke penjuru(diagonal) dan bukannya saiz peranti tablet tersebut. Peranti tablet bersaiz 7 inci boleh dilabel sebagai skrin yang kecil manakala 9 – 10 inci boleh dipertimbangkan sebagai tablet bersaiz besar. Apple iPad, Samsung, dan Nexus didatangkan dengan pelbagai saiz. Samsung mengeluarkan tablet dengan pelbagai saiz skrin bagi memudahkan pengguna mereka memilih saiz yang bersesuaian dengan citarasa dan keperluan mereka iaitu 10.1 inci, 8.9 inci, 7.7 inci dan 7 inci. Malah, Samsung juga ada mengeluarkan telefon pintar phablet (phone/tablet) iaitu siri Galaxy Note yang dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.3 inci, 5.5 inci, 8 inci dan 10.1 inci.

retinaSelain dari saiz skrin, resolusinya juga satu aspek penting terutamanya bila tablet itu digunakan untuk membaca e-buku atau melayari web. Paparan skrin yang terang dan jelas amatlah dipertitik berat. Sehingga hari ini, Google Nexus 10 adalah tablet yang mempunyai ketumpatan piksel paling tinggi dengan menyumbang sebanyak 300ppi (Pixel-per-inch) dan beresolusi 2560×1600. iPad generasi ke-4 yang mempunyai paparan Retina pula hanya mempunyai ketumpatan skrin sebanyak 264ppi dengan resolusi 2048×1536 piksel.

Jika anda mencari tablet Android 10 inci, pastikan ianya mempunyai paparan resolusi sekurang-kurangnya 1280×800 piksel.

Berat tablet yang boleh dikatakan ringan dan mudah dibawa kemana-mana adalah satu kelebihannya jika dibandingkan dengan komputer riba. Tetapi dengan berat sekitar 650 gram (untuk iPad generasi ke-4)ianya bukanlah ringan. Begitu juga unruk tablet yang menggunakan skrin bersaiz kecil. Ianya terbukti jika anda didalam keadaan berdiri sambil memegang tablet tersebut pada jangka masa yang lama, pasti tangan anda akan penat dan berasa lenguh. Dengan berat sekitar 500 gram ke atas, sesebuah tablet memerlukan sarung pelindung (cover casing) untuk melindungi dari sebarang kerosakkan yang boleh terjadi apabila ianya terjatuh dari kedudukan tinggi.

cloudHari ini perkhidmatan storan maya banyak diintegrasikan dengan peranti tablet seperti iCloud untuk iPad, Amazon Cloud Storage untuk Kindle Fire, dan SkyDrive untuk Surface dan pelbagai lagi perkhidmatan storan maya yang popular. Biarpun ruang storan maya yang ditawarkan didalam kapasiti yang tinggi, kapasiti simpanan utama adalah yang lebih penting. Fail dan data aplikasi yang dimuat turun dan dipasang pada sistem operasi tablet dicampur dengan faiz muzik, video, dan galeri gambar pasti memenuhi ruang storan peranti. Kapasiti ruang storan yang paling tinggi hari ini adalah 128GB. Walaupun dengan itu, kapasiti biasa ditawarkan untuk peranti tablet adalah 16GB, 32GB dan 64GB dan ada juga menyokong tambahan kad memori SD padanya. Perkara ini anda perlu tahu, semakin tinggi kapasiti ruang storan yang ditawarkan, semakin tinggi kos yang anda perlu tanggung untuk memilikinya. Jadi pilihlah yang bersesuaian dengan anda.

Seperator

WiFi vs Selular/Mudah-alih

Banyak peranti tablet didatangkan dengan model WiFi sahaja dan ada juga yang mempunyai pilihan menggunakan perkhidmatan jaringan selular/mudah-alih. Jika anda mahu melayari internet dimana saja anda berada tanpa perlu mencari perkhidmatan WiFi, anda mesti memerlukan model tablet yang mempunyai fungsi sambungan selular/mudah-alih. Semestinya apabila anda menggunakan tablet yang mempunyai fungsi sambungan selular/mudah-alih ini anda perlu membayar untuk perkhidmatan data/broadband. Walaupun cas untuk perkhidmatan data/broadband ini tidaklah terlalu tinggi dan mempunyai pelbagai pilih pakej, tetapi ianya bukan keperluan jika anda tidak memerlukannya.

tether

Seperti sedia maklum, anda juga boleh mendapatkan sambungan WiFi jika anda mempunyai telefon pintar yang mampu melakukan WiFi hotspot/tether dan cara ini lebih menjimatkan dan lebih selamat berbanding menggunakan perkhidmatan WiFi percuma yang disediakan disesetengah lokasi/kedai. Tetapi, anda perlu juga tahu dan memahami pakej data/broadband yang anda guna pada telefon pintar bagi mengelakkan masalah kemudian hari.

Seperator

Kamera & Video

cameraAdakah anda juga menggunakan tablet tersebut sebagai kamera untuk mengambil gambar dan video? Jika ya, pilihlah tablet yang menawarkan kualiti kamera yang bagus. Kebanyakkan peranti tablet hari ini didatangkan dengan 2 kamera. Selalunya kamera depan digunakan untuk panggilan video untuk aplikasi Skype atau Google talk dan kamera belakang pula selalu digunakan untuk mengambil gambar dan rakaman video. Malah, ada juga kamera tablet yang mampu merakam video dalam definisi tinggi seperti 720p. Tetapi bagi Google Nexus 7, ianya tidak mempunyai kamera belakang dan kamera hadapan tidak boleh digunakan untuk menangkap gambar atau merakam video. Ianya hanya berfungsi untuk panggilan video dan mungkin jika anda memerlukannya anda perlu melakukan modifikasi terhadap ROM peranti tersebut bagi mengaktifkan fungsi tersebut.

Seperator

Kapasiti Bateri

bateri

Untuk peranti tablet, selalunya kapasiti bateri yang ditawarkan adalah lebih besar jika dibandingkan dengan kapasiti bateri untuk telefon pintar. Dan semestinya ruangan bateri tidak boleh diakses. Ada sesetengah pengguna tablet mengadu pada aku dimana tablet mereka cepat kehabisan bateri. Untuk mengoptimasikan penggunaan bateri, anda perlu tahu beberapa tetapan yang boleh anda lakukan. Ataupun mungkin anda boleh membeli dan menggunakan pengecas bateri mudah-alih (power bank) jika anda seorang pengguna ekstrem. Tapi pastikan pengecas tersebut dapat mengecas bateri tablet anda. Ini kerana nilai voltan yang digunakan untuk tablet berbeza dengan nilai pada telefon pintar. Anda juga harus tahu dimana sesetengah tablet tidak boleh dicas menggunakan port USB yang terdapat pada komputer kerana nilai voltannya.

Bagi mereka yang ingin tahu bagaimana untuk memaksimakan penggunaan skrin, boleh merujuk pada artikel ‘10 Cara Menjimatkan Kuasa Bateri Telefon Pintar‘.

Akhir sekali, jika anda mahukan tablet yang betul-betul menepati citarasa anda, kunjungilah mana-mana kedai elektronik yang mempunyai peranti sampel/demo untuk tablet dan anda mencubalah sendiri supaya anda boleh merasakan tablet manakah yang terbaik untuk anda.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 144