Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

Nokia Melancarkan Aplikasi Cinemagraph Untuk Lumia Yang Menggunakan Windows Phone 7.X

$
0
0

cinemagraph-logoCinemagraph adalah satu aplikasi eklusif untuk Nokia Lumia yang dijanakan dengan Windows Phone 8. Aplikasi ini membenarkan pengguna merakam gambar dan menjadikannya suatu gambar animasi yang berformat .GIF. Aplikasi ini akan merakam beberapa siri gambar dan anda boleh memilih bentuk animasi yang mahu digunakan.
Jika sebelum ini aplikasi ini hanya eklusif untuk pengguna Nokia Lumia yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 8, tetapi hari ini Nokia telah melepaskan aplikasi ini untuk peranti Nokia Lumia yang menggunakan Windows Phone 7. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui link dibawah atau anda boleh mencarinya dibahagian Nokia Collections.

Animasi dari aplikasi Cinemagraph ini boleh dikongsikan dengan rakan-rakan anda di laman sosial, email mahupun pesanan. Anda juga boleh menghantar gambar ini kepada peranti lain atau PC menggunakan WiFi, Bluetooth mahupun memuat naik ke mana-mana laman web yang menawarkan pengkhidmatan muat naik gambar.

Untuk langkah penggunaan & contoh gambar/animasi dari aplikasi ini, aku akan cuba menerangkannya semasa ulasan penuh Nokia Lumia 920 akan datang.

Muat Turun Cinemagraph Untuk Peranti Lumia Windows Phone 7.X

Muat Turun Aplikasi Cinemagraph Untuk Lumia

Selain dari itu anda juga boleh menggunakan kod QR dibawah dengan mengimbasnya.

QR-Cinemagraph

Aku telah pun mencuba aplikasi ini pada Nokia Lumia 920, tetapi untuk peranti Nokia Lumia 800 masih belum diuji lagi bagaimana prestasinya. Aku rasakan ianya sama seperti Lumia 920.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 144