Banyak laman sosial hari ini menyediakan perkhidmatan notifikasi untuk memberitahu pengguna mereka tentang aktiviti yang berlaku dan lain-lain. Untuk memantau kesemua notifikasi ini amatlah sukar kerana ianya berlainan laman sosial. Kadangkala pengguna perlu membuka banyak tab pada pelayar internet mereka bagi mendapatkan notifikasi dengan cepat dan pantas.
Chime adalah satu aplikasi untuk pelayar Chrome yang selamat dan mudah untuk mengendalikannya. Ia akan membantu anda meringankan tekanan pada pelayar anda dengan mempamerkan notifikasi-mini pada bahagian sudut pelayar web anda. Chime mengekalkan privasi anda kerana tidak menyimpan data anda pada server tertentu, jadi semua data kekal di mana ia sepatutnya menjadi – pada PC anda.
Berikut adalah beberapa laman sosial yang disokong oleh Chime
- Gmail (emel)
- Reddit (balasan komen dan pesanan)
- Facebook (notifikasi)
- Twitter (mention)
- Linkedin (notifikasi dan jemputan)
- Quora (notifikasi dan pesanan)
- Github (notifikasi)
- Flickr (mel)
Ianya satu aplikasi percuma yang tidak memerlukan anda untuk log masuk berkali-kali ke dalam laman sosial, lantas menjadikan penggunaan mudah dan pantas dengan reka bentuk yang menarik. Anda hanya perlu login melalui Chrome dan Chime app akan mengesan akaun secara automatik. Seterusnya, ia sentiasa memantau untuk notikasi-notifikasi baru. Ya, ianya berfungsi walaupun anda tidak membuka laman sosial tersebut.
Muat Turun Chime
Pasang Aplikasi Chime untuk Pelayar Chrome