Mendaftar akaun pada sesuatu laman adakalanya merumitkan dan adakalanya begitu mudah. Begitu juga bila anda tidak lagi mahu menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh laman tersebut dengan membuang akaun dan data anda pada pangkalan data laman itu. Biarpun langkah membuang akaun memerlukan anda mengklik pada beberapa pautan atau melakukan beberapa pengesahan sebelum akaun anda itu dibuang, tetapi adakalanya ianya mustahil dilakukan. Laman eBuddy adalah contoh laman yang anda tidak boleh membuang akaun sebaik sahaja mendaftar.
Dengan laman AccountKiller, ianya menerangkan ada bagaimana untuk membuang sesuatu akaun dan menyokong lebih 500 laman web dari Facebook, Whatsapp, Yahoo, Google dan lain-lain. Pada halaman utamanya, ia mempamerkan beberapa laman web/perkhidmatan sosial yang terkenal dan pengguna boleh melakukan carian jika laman yang anda mahukan tiada pada halaman utama. Pada AccountKiller juga, ianya melabel tahap kesukaran langkah membuang akaun dengan warna iaitu hitam, kelabu dan putih.
Pengguna juga boleh menambah tip-tip berguna pada sesuatu laman bagi memudahkan pengguna membuang akaun mereka.
Hitam – Untuk laman web yang dilabel dengan warna ini, langkah membuang akaun amat sukar dan adakalanya mustahil. Dalam beberapa kes, pengguna perlu berhubung dengan pembangun/pentadbir laman web tersebut melalui email.
Kelabu – Bagi warna ini, ia mungkin melecehkan anda dan bergantung pada usaha – tetapi ia harus dibuat untuk menamatkan akaun anda. Kadangkala anda perlu menghantar emel ke laman web, menggunakan borang pada laman atau bahkan perlu menghubungi mereka menggunakan telefon.
Putih – Tiada proses yang sukar untuk laman yang dilabel dengan warna ini. Hanya beberapa klik, akaun anda dibuang secara automatik.
Pergi ke laman AccountKiller sekarang
Bagus jugak laman AccountKiller nie. Nak kena semak balik laman-laman yang aku dah tak guna. Boleh buang. Wat semak je.