Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

Metro Scaler – Ubah Skala Tiles Windows 8 Start Screen

$
0
0

metroscaler Seperti sedia maklum, Microsoft menghadkan jumlah tiles yang boleh dilihat pada paparan Windows 8 start screen. Resolusi skrin juga menentukan bilangan baris dan lajur tiles yang dipaparkan pada skrin. Bahkan Microsoft tidak menyediakan tetapan yang boleh ditetapkan untuk pengguna dan kadangkala ianya kelihatan kurang menarik jika komputer tersebut menggunakan resolusi skrin yang rendah.

Disebabkan masalah tersebut, beberapa pembangun aplikasi cuba menyediakan aplikasi yang membolehkan pengguna mengubah jumlah/kelebaran tiles yang boleh dimuatkan pada mana-mana resolusi. Sebagai contoh aplikasi yang membenarkan pengguna Windows 8 melakukan perkara tersebut adalah aplikasi Metro Scaler.

Secara amnya, aplikasi ini menetapkan resolusi skrin bagi kawasan Windows 8 start screen termasuk log skrin tetapi ianya tidak termasuk dengan resolusi desktop. Ianya bermaksud, biar pun anda menukar resolusi skrin pada bahagian Windows 8 start screen, ianya tidak mengganggu resolusi bagi desktop/aplikasi lain.

startscreen

Muat Turun Metro Scaler

Muat Turun Metro Scaler


Pengguna mestilah menggunakan sistem operasi Windows 8 untuk melakukan perkara ini. Anda boleh mencuba Rows Adjuster bagi alternatif untuk aplikasi Metro Scaler.

Aku rasa tidak perlulah aku menerangkan bagaimana tetapan yang perlu anda lakukan. Ini kerana, aplikasi ini dikira mudah difahami.

Aku masih lagi belum menggunakan Windows 8, dan masih lagi pada sistem operasi sebelum ini iaitu Windows 7.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 144