Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

OblyTile – Bina Tile Untuk Aplikasi, Folder, Fail di Windows 8

$
0
0

oblytile-1Pertama kalinya Microsoft memperkenalkan MetroUI untuk sistem operasi terbaru mereka; Windows 8 dengan paparan baru untuk aplikasi dan kandungan aplikasi Windows. Seperti sedia maklum, untuk Windows 8 ini, Microsoft telah pun membuang fungsi Start Menu dan menggantikannya dengan Start Screen. Disebabkan paparan Start Menu ini baru diperkenalkan untuk Windows 8, isu yang dikeutarakan adalah sokongan tile dan reka bentuknya.

Secara umumnya, hanya aplikasi yang dimuat turun dari Windows Store sahaja yang mempunyai tile, tetapi pengguna masih boleh melakukan pintasan (shortcut) aplikasi atau folder pada Windows Start Screen. Malangnya pintasan tersebut tidak memaparkan reka bentuk tile yang bersesuaian dengan MetroUI. Disebabkan masalah tersebut, seorang pembangun aplikasi bebas telah membangunkan aplikasi yang dinamakan OblyTile yang membenarkan pengguna Windows 8 menetapkan reka bentuk atau jenis tile untuk pintasan aplikasi, folder, fail bahkan pintasan untuk ke laman web. Ini memudahkan pengguna untuk mereka bentuk tile yang bersesuaian untuk keperluan dan citarasa mereka.

oblytile-2

Muat Turun OblyTile

Muat Turun OblyTile untuk Windows 8

Bagi mereka yang tidak mempunyai kemahiran dalam Adobe Photoshop, atau aplikasi sepertinya, anda juga boleh memuat turun icon yang telah siap direka bentuk dari laman komuniti deviantART. Muat Turun pelbagai reka bentuk Ikon/Tile dari laman deviantART

Jika anda inginkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang masalah berkenaan aplikasi OblyTile ini, anda boleh terus ke laman forum XDA-Developer. Disana anda boleh berhubung terus dengan pembangun aplikasi ini.

Aku masih lagi belum menggunakan Windows 8, tah bila la nak guna ye. Takde ke sape-sape yang ada lesen Windows 8 Pro murah yang boleh jual kat aku. Aku nak pakai Windows 8 Pro 64-bit la plak pasni..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 144