RIM (Research In Motion) yang kini telah dijenamakan semula kepada BlackBerry memperkenalkan dua peranti baru mereka yang dijanakan oleh sistem operasi BlackBerry 10 iaitu BlackBerry Z10 dan Q10. Sehingga kini masih belum diketahui berapakah harga yang ditawarkan untuk kedua-dua peranti ini dan diperkatakan akan diperkenalkan di Malaysia pada 20 Februari 2013. Ini berikutan dengan jemputan media untuk acara yang dikelolakan oleh BlackBerry Malaysia. Sama ada ianya bakal diperkenalkan bersama pakej syarikat telekomunikasi atau tidak masih belum diketahui lagi. Bagi BlackBerry Z10, ianya direka dengan paparan skrin sentuh sepenuhnya manakala BlackBerry Q10 ianya sebuah peranti QWERTY dengan sokongan skrin sentuh juga. Kedua-dua peranti ini dikatakan menyokong jaringan LTE atau 4G.
Kemaskini terkini: Hanya BlackBerry Z10 sahaja menyokong jaringan LTE atau 4G
![](http://i1.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/09/devider.png?resize=700%2C30)
![z10](http://i1.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2013/01/z101.png?resize=550%2C308)
Spesifikasi BlackBerry Z10
Maklumat |
|
---|---|
Prosessor, Chipset, GPU & RAM | Prosessor : Dual-Core 1.5GHz RAM : 2GB RAM |
Skrin | 1280 x 768 resolusi, 4.2 inci, & 356 DPI |
Dimensi | 130 x 65.6 x 9 mm (5.12 x 2.58 x 0.35 in) |
Berat | 135 gram |
Kamera | Kamera Belakang : 8Megapiksel, Auto Focus, 5X digital zoom & rakaman video 1080p HD Kamera Hadapan : 2Megapiksel, 3X digital zoom, & rakaman video 720p HD |
Memori | 16GB ruangan storan, Menyokong kad memori MicroSD |
Sambungan | WiFi : 802.11 a/b/g/n Menyokong jaringan LTE/4G Bluetooth : v4.0 with A2DP USB MikroUSB NFC : Ya |
Sensor | Accelerometer, Magnetometer, Proximity, Gyroscope, Ambient light sensor |
Bateri | 1800mAh Li-Ion, Boleh diakses |
Pilihan Warna | Putih dan Hitam |
Harga Pasaran | RM2188. * Harga ini mungkin berbeza jika dijual oleh pihak telco |
![](http://i1.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2012/09/devider.png?resize=700%2C30)
![q10](http://i2.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2013/01/q10.png?resize=550%2C308)
Spesifikasi BlackBerry Q10
Maklumat |
|
---|---|
Prosessor, Chipset, GPU & RAM | Prosessor : Dual-Core 1.5GHz RAM : 2GB RAM |
Skrin | 720 x 720 resolusi, 3.1 inci, 328 DPI & skrin sentuh kapasitif |
Dimensi | Mempunyai ketebalan 10.3 mm |
Berat | 139 gram |
Kamera | Kamera Belakang : Ya. Akan dikemaskini kemudian Kamera Hadapan : Ya.. Akan dikemaskini kemudian |
Memori | Kapasiti masih belum diumumkan. Tetapi ianya menyokong penambahan kad memori MicroSD sehingga 32GB |
Sambungan | WiFi : 802.11 a/b/g/n Menyokong jaringan LTE/4G Bluetooth : v4.0 with A2DP USB MikroUSB NFC : Ya |
Sensor | Accelerometer, Magnetometer, Proximity, Gyroscope, Ambient light sensor |
Bateri | 1800 mAh Li-Ion |
Pilihan Warna | Hitam |
Reka bentuk BlackBerry Z10 betul-betul menambat hati la.. UI BlackBerry 10 juga lebih kemas berbanding sebelum ini. Tak tahulah samaada aku mempunyai kesempatan untuk mencuba kedua-dua atau salah satu dari dua telefon pintar ini.