Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

Cara Uninstall Aplikasi Windows Dengan Pantas

$
0
0

Jika anda pengguna Windows tidak kiralah edisi yang mana, pasti untuk membuang aplikasi tersebut agak remeh untuk dilakukan. Anda perlu ke ke satu-satu lokasi/folder sebelum boleh melakukannya. Mungkin sebelum ini anda pernah menggunakan Revo Uninstaller salah satu aplikasi Windows yang boleh membuang aplikasi dengan mudah. Tetapi hari ini aku ingin memperkenalkan satu aplikasi yang membenarkan anda meng’uninstall‘ aplikasi Windows melalui context menu tanpa langkah yang remeh.

Windows Uninstaller ini adalah satu menu extension pada Windows Explorer yang menambah fungsi ‘Uninstall’ pada ruangan context menu tidak kira ianya hanyalah ikon pintasan (shortcut) mahupun fail executable. Dengan hanya mengklik butang kanan tetikus pada ikon aplikasi yang ingin dibuang dan pilih Uninstall.

uninstaller

Ianya bukan sahaja pantas, aplikasi ini juga mempunyai saiz yang kecil dan proses pemasangan dilakukan dengan cepat. Selain dari itu, tiada paparan UI yang mengelirukan serta menyokong versi Windows XP hingga ke Windows 8.

Muat Turun Windows Uninstaller

Muat Turun Windows Uninstaller


Viewing all articles
Browse latest Browse all 144