Jika kembali pada permulaan penggunaan internet, hanya terdapat beberapa pelayar web, fungsi yang begitu dan memerlukan kadar penggunaan memori yang rendah. Tetapi selepas beberapa tahun berlalu dan internet menjadi satu keperluan, fungsi pelayar web berkembang hari demi hari dan banyak bilangan pelayar web baru muncul di internet dan menjadikan Firefox diantara pelayar web utama pengguna sehingga Google Chrome datang dan menghanyutkan sebahagian besar pengguna Firefox. Kedua-dua pelayar web ini, menawarkan pelbagai fungsi yang menarik tetapi satu masalah besar bagi kedua pelayar ini dengan penggunaan memori yang tidak terkawal. Jika dilihat dari Windows Task Manager penggunaan memori pelayar ini terlalu tinggi walaupun anda baru membuka beberapa tab.
![pelayar](http://i0.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2013/01/pelayar.jpg?resize=500%2C215)
Bukan hanya berlaku pada pelayar web ini, tetapi Safari, Opera, IE, dan beberapa pelayar web lain juga mengalami isu penggunaan memori yang serupa. Jika komputer peribadi (PC) anda mempunyai nilai RAM yang tinggi, isu penggunaan memori pada pelayar web yang tinggi tidak menjejaskan penggunaan anda tetapi pada komputer riba dan netbook dengan RAM yang terhad ianya menjadi suatu isu sukar diselesaikan dan kadangkala ianya menyebabkan sistem Windows anda mungkin menjadi tidak stabil dan mulai ‘hang’.
Untuk mengoptimumkan penggunaan memori pada pelayar web disini aku ingin mencadangkan [eMo] Web Browser Optimizer. Ianya satu aplikasi ringkas dan mudah yang menawarkan pengoptimuman memori kepada sebilangan pelayar web. Sebaik sahaja anda memuat turun, memasang dan menjalankannya, secara automatik proses pengoptimuman dijalankan dan anda boleh melihat hasilnya.
![web-browser-optimizer](http://i0.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2013/01/web-browser-optimizer.png?resize=327%2C189)
Dari ujian yang aku jalankan untuk mengoptimumkan penggunaan memori pelayar web Firefox pada komputer riba aku yang hanya mempunyai RAM sebanyak 2GB kelihatan berhasil. Nilai penggunaan memori Firefox dari 400MB diturunkan sehingga 43MB. Berikut adalah hasil dari ujian yang aku lakukan.
![optimum_pelayar](http://i0.wp.com/mrpiratz.com/wp-content/uploads/2013/01/optimum_pelayar.jpg?resize=600%2C353)
Muat Turun [eMo] Web Browser Optimizer
Muat Turun [eMo] Web Browser Optimizer via Sourceforge