Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

PhoneClean – Aplikasi Pembersihan Peranti iOS Untuk Windows & Mac

$
0
0

Peranti iOS anda kerap kehabisan ruang cakera dan anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan mengenainya? Ia terus menerus mengurangkan ruangan walaupun pada hakikatnya anda tidak memuat turun aplikasi baru atau media dalam peranti tersebut. Ini kerana dengan terhasilnya fail sementara yang terus meningkat dengan masa ke masa. Fail-fail ini dicipta oleh beberapa aplikasi yang berfungsi pada peranti anda. Terutama sekali pemilik iPhone yang mempunyai kapasiti 16 GB storan. Anda boleh lihat lama kelamaan iPhone mereka kehabisan ruang storan. Kita semua fikir bahawa 16 GB storan sudah cukup banyak dan jika anda memasukkan sebahagian daripada koleksi media anda ke peranti tersebut, anda mungkin memenuhkan ruang lebih cepat.

Anda mesti mencari cara untuk menyelesaian masalah ini dengan cepat dan mudah. Tiada perisian seperti PhoneClean yang boleh memberikan penyelesaian pembersihan iPhone yang cepat dan mudah. Ia mudah untuk digunakan dan percuma bagi membantu anda untuk meningkatkan semula ruangan pada iPhone, iPad atau iPod Touch.

phoneclean

Aplikasi ini menyokong sistem operasi Windows dan Mac. Ianya membersihkan cache aplikasi, cookies dan fail offline, membuang fail media sementara dan menambahkan ruang storan pada peranti iOS anda. PhoneClean hanya sesuai untuk pemilik iPhone, iPad dan iPod Touch. Aplikasi ini bertindak seperti CCleaner pada Windows dan menariknya ia menyokong kesemua versi sistem operasi Windows dan Mac serta ia menyokong semua model iPhone, iPad dan iPod Touch.

Antara Ciri-ciri PhoneClean

  • Membuang fail tersembunyi yang tidak berguna dan membuatkan ruangan kosong peranti anda bertambah
  • Memadam fail cache / offline dan membuat peranti anda berjalan dengan lebih pantas
  • Melindungi privasi anda dengan membersihkan cookie dan fail skrip
  • Menyingkirkan fail media yang dimuat turun sebahagian atau gagal disync

Keperluan PhoneClean

  • Windows OS: Windows 7, 8, Vista, XP (64bit & 32bit)
  • Mac OS: Mac OS X, Lion dan Mountain Lion
  • Resolusi: 1024×768 display or above
  • CPU: Pentium IV 2.4 GHz or above
  • RAM: 512MB minimum
  • Kad Grafik: Accelerated 3D graphics – 64MB RAM
  • Storan: 100 MB ruang kosong
  • Lain-lain: iTunes 9.0 atau terkini; iTunesMobileDevice driver dipasang

Video Penerangan Penggunaan PhoneClean

Paparan Skrin PhoneClean

Muat Turun PhoneClean

Muat Turun PhoneClean

Perhatian: Jika anda mempunyai sebarang masalah mengenai aplikasi ini aku sukar untuk menyelesaikannya kerana aku tidak mempunyai peranti iOS dan peranti ini juga tidak dipasang ke dalam komputer. Segala paparan skrin diambil dari maklumat yang diberi oleh pembangun aplikasi ini kepada aku.

Jika anda telah memuat turun dan menggunakan aplikasi ini, kami memerlukan maklum balas anda mengenainya. Berikan maklum balas anda mengenai aplikasi ini pada ruangan komen dibawah. Segala kerjasama anda amat dihargai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 144