Jika sebelum ini, pengiraan matematik boleh diselesaikan pada laman web Google seperti kalkulator maya dan kebolehan memplot graf. Bukan itu sahaja, pengiraan matematik yang merangkumi pelbagai topik seperti kaedah asas, algebra, trignometri, kalkulus, statistik dan beberapa perkara lain juga dapat diselesaikan dengan mudah menggunakan sebuah aplikasi berasaskan web dinamakan sebagai MathWay. Tetapi hari ini ianya melangkah lebih jauh dengan pembangunan aplikasi mudah alih untuk peranti Android dan iOS yang diberi nama MyScript Calculator.
MyScript Calculator adalah satu aplikasi yang menyelesaikan pengiraan matematik secara automatik dengan menggunakan tulisan tangan. Aplikasi ini mampu menukar simbol dan nombor kepada teks digital dan memberikan hasil dalam masa nyata. Ianya memudahkan pengguna aplikasi ini menyelesaikan pengiraan matematik dengan lakaran tangan tanpa perlu memasukkan pengiraan menggunakan kekunci pada peranti mereka.
Kelebihan Aplikasi MyScript Calculator
- Menyokong hampir kesemua peranti Android (Versi 2.1 ke atas) dan iOS 6 dan terkini. (iPhone 3GS keatas, iPod Touch Generasi Ke-3 dan keatas, serta iPad.)
- Menyokong penggunaan stylus
- Menyokong formula/simbol aritmetik
- Menyokong paparan potret dan landskap
- Mempunyai fungsi Redo dan Undo
Contoh Formula/Simbol Aritmetik
- Operasi asas: +, -, x, ÷, +/?, 1/x
- Lain-lain Operasi: %, ?, x!, |x|
- Kuasa / Exponentials: x, xy , x2
- Kurungan: ()
- Trigonometri: cos, sin, tan
- Trigonometri songsang: acos, asin, atan
- Logaritma: ln, log
- Pemalar: ?, ?, Phi.
Paparan Skrin Aplikasi
Info: Paparan diatas menggunakan aplikasi yang dipasang pada peranti Android.
Video Tutorial Aplikasi
Muat Turun Aplikasi MyScript Calculator
Muat Turun Aplikasi MyScript Calculator untuk Peranti Android
Muat Turun Aplikasi MyScript Calculator untuk Peranti iOS
Untung budak-budak sekolah nak buat kerja rumah camni..