Melihat perkembangan teknologi telefon pintar pada hari ini, syarikat pengeluar telefon pintar berkejar-kejar untuk menghasilkan spesifikasi peranti mereka lebih tinggi dan mempunyai ciri-ciri yang lebih dari pengeluar yang lain. Antaranya, kapasiti bateri peranti mereka. Malahan, pelbagai jenama pengecas mudah-alih (powerbank) juga kelihatan menawarkan bateri yang kapasiti tinggi, pelbagai ciri-ciri tambahan dan harga yang lebih rendah. Dan baru-baru ini, satu pengeluar peranti elektronik dari China iaitu Xiaomi telah membawa masuk peranti mereka Xiaomi Mi3 dan pengecas mudah-alih (Mi Power Bank) mereka untuk pasaran Malaysia. Menariknya, pengecas mudah-alih tersebut dijual pada harga yang terlalu murah pada kapasiti yang ditawarkan iaitu RM36 untuk 10400mAh dan RM25 untuk 5200mAh. Dan untuk ulasan berikutnya adalah untuk Mi Power Bank berkapasiti 10400mAh.
Pihak Xiaomi hanya memasarkan produk mereka diatas-talian (online) pada laman web rasmi mereka iaitu mi.com/my/
Spesifikasi Mi Powerbank 10400mAh
Jenis Bateri | Lithium Ion bateri dari LG dan Samsung (4 unit) |
Berat, Dimensi & Material | 250 Gram 90.5*mm x 77mm x 21.6mm Material yang digunakan untuk membuat kerangka utama adalah Aluminium beserta perlindungan tahan karat & kalis air |
Sumber Kuasa | Sumber Kuasa : DC 5V Input Voltage : DC 5.1V Input Current : 2.0A Output Current : 2.1A Rated Capacity : 3.6V/10400mAh |
Jenis Sambungan | Untuk mengecasnya ia menggunakan slot microUSB. Terdapat satu slot output sahaja |
Ciri-ciri Lain | Menyokong fungsi 'Pass Through Charging' Perlindungan dari litar pintas, cas berlebihan/berterusan (overcharged) & arus berlebihan/berterusan (overcurrent) Mengesan kemasukan (plug-in) atau pengeluaran (plug-out) peranti dari pengecas |
Reka Bentuk
Reka bentuk Mi Power Bank ini dikemaskan dengan kerangka dari aluminium beserta perlindungan tahan karat & kalis air. Dengan berat kira-kira 250 gram, ianya tidaklah seberat pengecas kami dari Pineng (PN910). Dengan menggunakan material aluminium sebagai kerangka utama serba sedikit membantu menghilangkan haba lebih pantas berbanding penggunaan kerangka plastik. Selain itu, ianya mempunyai 4 LED yang digunakan sebagai penanda untuk baki kapasiti bateri pengecas ini. Untuk kabel microUSB yang disertakan, ianya mempunyai panjang kira-kira 20cm.
Untuk pengecas Mi Power Bank yang dipasarkan di Malaysia, ianya hanya terdapat didalam pilihan warna Perak (Silver) walaupun pada laman web mereka terdapat 7 warna yang lain. Walaupun begitu, anda juga boleh menggunakan pelindung silikon yang ada dijual di beberapa laman web seperti Lelong.my pada harga serendah RM12 beserta penghantaran.
Penggunaan & Ciri Tambahan
Dari pengalaman kira-kira 4 hari menggunakan pengecas Mi Power Bank ini, kami berjaya mengecas Xiaomi Mi3 2 kali secara penuh dan untuk kali ketiga ianya kira-kira 25%. Jika dirujuk pada laman web Xiaomi, mereka mengatakan untuk peranti Xiaomi Mi3 (kapasiti bateri 3050mAh) ianya mampu dicas sehingga 2.5 kali dan mereka juga turut mengatakan Mi Power Bank mempunyai kadar penukaran pengecasan (charging conversion rate) sehingga 93%. Jika dicongak secara ringkas (3050mah x 2 + 25% dari 3050mAh = 6863, 93% dari 10400mAh = 9672mAh) pasti anda akan tertanya-tanya dimanakah baki yang lain.
Kami ada terbaca pada artikel mengenai kadar kecekapan (efficiency) dan kadar pelepasan voltan (dicharging voltage) pada pengecas mudah-alih. Berikut adalah beberapa maklumat yang kami dapat simpulkan dan kongsikan.
Typical Li-ion battery holds charge at 3.7V and output at 5V so that it can charge the device with a 3.7V battery. So the calculation will be 10400mAh x 3.7V/5V x 93% = 7157.28mAh, which is close to the test result.
Sumber : Blog Orgui
Jadi dari maklumat tersebut, kami merasakan ianya bertepatan dengan ujian yang kami telah lakukan. Dan jika dirujuk pada ulasan di Amanz.MY dimana mereka juga mendapat hasil yang hampir sama dengan kami.
Antara ciri tambahan yang kami boleh ceritakan mengenai Mi Power Bank ini adalah fungsi Pass Through Charging. Untuk pemahaman mudah ianya adalah anda boleh mengecas peranti anda ketika Mi Power Bank ini sedang dicas. Tidak banyak pengecas mudah-alih yang boleh berbuat demikian. Jadi dengan ciri ini, ianya akan menjimatkan lagi ruang soket yang anda gunakan semasa mengecas peranti atau pengecas mudah-alih ini.
Selain itu, pihak Xiaomi mengatakan ianya menggunakan litar cip dari Texas Instruments; sebuah syarikat yang mereka-bentuk dan membuat semikonduktor, seterusnya dijual kepada pereka dan pengeluar elektronik seluruh dunia. Melalui cip litar ini ianya dikatakan mempunyai 9 lapisan perlindungan kepada Mi Power Bank.
Untuk mengetahui apakah 9 lapisan perlindungan tersebut bolehlah merujuk pada laman web Mi Power Bank.
Jika anda membeli Mi Power Bank ini bukan dari laman web rasmi mereka, kami sarankan anda memeriksa samaada pengecas anda adalah asli atau tidak di Forum MIUI tersebut. [Link]
Rumusan
Sebagai rumusannya, kami merasakan ianya berbaloi untuk dimiliki kerana kapasitinya yang besar dan dijual pada harga yang lebih murah berbanding pengecas mudah-alih yang lain. Begitu juga dengan saiznya yang tidaklah terlalu besar beserta berat yang boleh diterima.
Dapatkan Mi Power Bank dilaman mi.com/my. Disana mereka mempunyai 2 model yang berlainan kapasiti. Untuk maklumat terbaru mengenai peranti atau produk dari Xiaomi, sila Like halaman Facebook rasmi XiaomiMalaysia.