Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

Ulasan Xiaomi Mi Band 2

$
0
0

Pada tahun 2014 Xiaomi telah memperkenalkan gelang kecergasan dengan harga mampu milik yang dikenali sebagai Mi Band. Dilengkapi dengan cip Bluetooth yang menggunakan bateri dengan efektif yang mampu berfungsi sehingga 30 hari pada satu cas serta boleh digunakan sebagai jam penggera. Selain dari itu, ia juga boleh mengesan tempoh tidur, dan mampu membuka kekunci (unlock) peranti anda tanpa menggunakan kata laluan. Seterusnya mereka memperkenalkan Mi Band Pulse – versi yang hadir dengan sokongan sensor denyutan jantung. Tahun ini, pihak Xiaomi telah memperkenalkan generasi terbaru untuk Mi Band mereka dengan dilengkapi paparan OLED – Mi Band 2.

miband2-1


Rekaan

Masih mengekalkan rekaan seperti versi sebelum ini dengan beberapa penaiktarafan seperti penggunaan material untuk gelang bagi memastikan Mi Band 2 modul tidak mudah tertanggal dan tahan lama. Mi Band 2 dilengkapi dengan paparan OLED yang memaparkan waktu, jumlah langkah, kalori, kadar denyutan jantung, dan kapasiti bateri. Dalam tempoh penggunaan kami, paparan skrin pada sebarang keaadan seperti cuaca cerah dan sebagainya tidak mengecewakan serta kami masih lagi boleh melihat paparan dengan jelas tanpa sebarang masalah.

miband2-2

Dengan ketebalan kira-kira 10.5mm ianya tidaklah begitu ketara apa bila memakainya. Untuk permukaan atas Mi Band 2, Xiaomi mengatakan ianya kalis calar dan dilengkapi kemasan UV. Pada bahagian bawah skrin, terdapat butang kawalan untuk pilihan mode yang anda telah tetapkan. Seperti Mi Band sebelum ini, versi kali ini juga kalis air dan habuk IP67.

miband2-3


Sambungan

Untuk menghubungkan peranti dan Mi Band adalah mudah. Ianya masih menggunakan aplikasi Mi Fit yang sama seperti Mi Band yang sebelum ini. Mi Band 2 berhubung dengan peranti menggunakan Bluetooth v4.0 (Generasi Ke-2).

Muat Turun Mi Fit melalui :

Google Play Store (Android)

App Store (iOS)

miband2-5

Dengan sambungan yang dibuat, Mi Band 2 akan menghasilkan gegaran dan paparan visual pada skrin apabila anda menerima panggilan atau notifikasi. Menariknya, anda boleh menetapkan 5 aplikasi dan segala notifikasi dari aplikasi tersebut akan memaparkan ikon aplikasi tersebut pada skrin Mi Band 2.

miband2-6

Kami menyarankan jika anda tidak kerap menggunakan paparan denyutan jantung, elakkan untuk mengaktifkannya. Kerana butang pilihan mod sangat sensitif dan mungkin aktif tanpa sedar.

Penggunaan Bateri

miband2-4

Dilengkapi dengan bateri litium polimer 65mAh pihak Xiaomi mengatakan ianya boleh bertahan sehingga 20 hari. Tetapi, ianya mampu bertahan sehingga 16 hari dari penggunaan kami. Bagi kami ianya bergantung pada penggunaan seseorang itu. Sebagai contoh, kami mengaktifkan notifikasi untuk aplikasi WhatsApp, Telegram, Facebook, dan Messenger dan kami menerima banyak notifikasi dari aplikasi tersebut maka itu mungkin mengurangkan kadar bateri lebih cepat.

miband2-7


Perbandingan

img0000 img0001 img0002 img0003

Kesimpulan

Mi Band 2 ini kami amat galakkan jika anda mampu memilikinya. Dari tempoh penggunaan kami, ianya selesa dipakai dan harga yang ditawarkan masih rendah berbanding jenama yang lain. Pembaharuan yang dilakukan pada Mi Band 2 yang kami gemari adalah paparan waktu kerana ianya telah menggantikan jam yang kami pakai sebelum ini. Walaupun begitu, jika anda menggunakan format waktu 12 jam dan bukannya 24 jam, terdapat bug perlu diperbaiki oleh Xiaomi. Dimana jika waktu ketika itu adalah 12.15 tengah malam (a.m.), format 12 jam perlu memaparkan 12:15, tetapi Mi Band 2 memaparkan 0:15. Dibawah adalah kelebihan dan kelemahan yang yang rasa pada Xiaomi Mi Band 2 dan apakah ciri-ciri yang patut ditambah pada masa akan datang.

  • Kebaikan
  • Kelemahan
  • Cadangan
  • Harganya murah
  • Ketahanan bateri yang lama
  • Kalis air
  • Paparan skrin yang jelas pada sebarang keadaan

The post Ulasan Xiaomi Mi Band 2 appeared first on Piratz Network.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 144