Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

Xiaomi Memperkenalkan Mi Drone – Menyokong Rakaman Sehingga 4K

$
0
0

Xiaomi adalah salah satu syarikat dari China mempunyai pelbagai variasi produk dari mereka. Antaranya telefon pintar, tablet, gelang kecergasan. televisyen pintar dan pelbagai lagi. Dan pada hari ini pihak Xiaomi melalui syarikat dibawah Mi Ecosystem iaitu Flymi memperkenalkan Mi Drone, sebuah quadcopter yang mempunyai kamera yang mampu merakam gambar atau video pada resolusi sehingga 4K.

Xiaomi mengatakan reka bentuknya diilhamkan dari pepatung dan drone adalah hobi yang mahal untuk kebanyakan orang. Oleh sebab itu, mereka mengambil keputusan untuk masuk ke bidang ini dan mungkin akan memperkenalkan pada harga yang lebih murah dari pengeluar yang lain.

midrone-2

Menggunakan kamera dari Sony dengan sensor sebesar 12MP beserta peproses image Ambarella ianya membuatkan drone ini mampu merakam imej pada resolusi 1080p dan 4K. Selain dari ini, alat kawalan jauh mereka dikatakan mudah dikendalikan walaupun anda masih baru menggunakannya. Melalui alat kawalan jauh ini ianya mampu melakukan berlepas atau mendarat secara automatik, berlegar secara automatik, dan terbang dari satu tempat ke satu tempat mengikut laluan yang telah ditetapkan. Selain itu, anda boleh menghubungkan telefon pintar dan drone menggunakan alat kawalan jauh ini. Ini membantu anda untuk mendapatkan gambar atau rakaman yang lebih menarik.

midrone-3 midrone-6 midrone-7

Berkenaan baterinya pula, ianya dikuasakan dengan bateri berkapasiti 5100mAh dan mampu terbang selama 27 minit secara berterusan. Kapasiti bateri drone juga boleh dipantau melalu telefon pintar yang telah disambungkan dengan alat kawalan jauh. Tambahan pula, ianya menggunakan antena yang mampu memberi jarak kawalan didalam lingkungan 3 kilometer dan apabila ianya diluar kawasan liputan alat kawalan ianya akan kembali ke koordinat ianya berlepas kerana dilengkapi dengan GPS.

midrone-4

midrone-9 midrone-10 midrone-11 midrone-12

Ianya didatangkan dengan 2 variasi iaitu 1080p dan 4K. Dan buat masa ini masih belum diketahui bila ianya akan dipasarkan kerana kini ianya masih dalam fasa mencari dana. Melalui sumber, ianya pada bulan Julai mereka akan mencari beberapa penguji sebelum memasarkannya.

midrone-8midrone-5

Sumber : Mi Drone via Mi.Com

The post Xiaomi Memperkenalkan Mi Drone – Menyokong Rakaman Sehingga 4K appeared first on Piratz Network.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 144