Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

Ulasan Penuh Xiaomi Redmi Note 3

$
0
0

Penghujung November tahun 2015, pihak Xiaomi telah memperkenalkan Redmi Note 3 yang didatangkan dengan reka bentuk berasaskan logam beserta cip pemproses MediaTek Helio X10 sama seperti Redmi Note 2. Selain dari itu, peranti ini juga didatangkan dengan ciri baru iaitu sensor pengimbas cap jari dibahagian belakangnya. Peranti Xiaomi Redmi Note ini direka dengan kerangka yang mempunyai sudut melengkung untuk memberi keselesaan semasa memegang.

note3-2

Awal tahun ini, pihak Xiaomi mengumumkan variasi baru untuk Redmi Note 3 iaitu peranti Redmi Note 3 yang dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 650. Dengan pengumuman tersebut, peranti Redmi Note 3 versi Snapdragon ini menerima penambahbaikan berbanding versi Mediatek. Antara perbandingan ketara mengenai kedua-dua versi ini adalah seperti berikut.

 
Redmi Note 3
Mediatek Helio X10
Redmi Note 3
Qualcomm Snapdragon 650
Kamera
13MP, f/2.2
16MP, f/2.0
Storan
Tidak menyokong penambahan kad memori
Menyokong kad memori MicroSD pada slot SIM 2.

deivder

Spesifikasi

Spesifikasi Redmi note 3

Sistem Operasi, Prosessor, GPU & RAMSistem Operasi : Android 5.1.1 (MIUI 7)
Prosessor : Qualcomm MSM8956 Snapdragon 650 (Quad-core 1.4 GHz Cortex-A53 & Dual-core 1.8 GHz Cortex-A72)
GPU: Adreno 510
RAM : 2/3GB RAM
SkrinResolusi: 1080 x 1920 piksel
Saiz : 5.5 Inci
Jenis: IPS LCD Capasitive Touchscreen
KameraKamera Utama (Belakang) : 16 MP, f/2.0, phase detection autofocus, dual-LED (dual tone) flash
Aperture : f2.0
Kamera Hadapan : 5MP
Rakaman video : 1080p@30fps
*Kedua-dua kamera menyokong rakaman video sehingga 1080p
MemoriStoran dalaman : 16GB untuk versi 2GB RAM & 32GB untuk 3GB RAM
Kad memori : Menyokong penggunaan kad microSD sehingga 128 GB (menggunakan slot SIM 2)
SambunganWiFi : Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct, Wi-Fi hotspot
Kedua-dua SIM Menyokong jaringan LTE/4G
Bluetooth : v4.1, A2DP, LE
USB: microUSB v2.0. Juga menyokong USB On-The Go
NFC : Tiada
Bateri4000 mAh Li-Po. Tidak boleh diakses.
Harga PasaranRM 749 (16GB + 2GB, Silver)
RM 849 (32GB + 3GB, Gold/Grey)
Pilihan WarnaSilver, Gray, Gold
Lain-lainMenyokong pengecasan pantas (Fast charging)
Mempunyai IR Blaster untuk kawalan alat jauh
Terdapat pengimbas cap jari di bahagian belakang peranti

deivder

Reka Bentuk

Redmi Note 3 adalah peranti pertama dari Xiaomi yang menggunakan reka bentuk yang berasaskan logam. Ianya masih mengekalkan reka bentuk yang hampir sama seperti versi yang sebelum ini, peranti ini kelihatan lebih premium kerana bahan binaannya walaupun bahagian atas dan bawah masih menggunakan material plastik. Dengan bahagian sudut yang melengkung, ianya memberi lebih cengkaman apabila anda mengendalikan peranti ini. Malangnya, ianya agak licin apabila dipegang dan mengendalikannya dengan sebelah tangan memerlukan perhatian yang lebih.

note 305

Pada bahagian atas skrin, terdapat pembesar suara, sensor, kamera hadapan dan LED notifikasi yang didatangkan dengan pelbagai warna. Bahagian bawah skrin pula, ianya terletak navigasi menu yang disertakan dengan lampu latar (backlight).

note 303

Disebelah kiri terdapat talam SIM yang mana memerlukan pengguna menggunakan kad SIM Micro dan Nano atau Micro dan kad microSD. Untuk mengeluarkan talam SIM tersebut, pengguna perlu menggunakan peralatan khas yang disediakan. Di bahagian kanan pula seperti biasa yang terdapat pada peranti iaitu butang kawalan suara dan butang kuasa.

note 301

Untuk bahagian belakang peranti, ianya terdapat kamera 16 megapiksel dan sensor pengimbas cap jari. Diantara kedua-duanya adalah dual-tone dual LED flash. Dibawahnya adalah pembesar suara dan jika anda dapat lihat terdapat sedikit bonjolan bagi memastikan kualiti bunyi yang dihasilkan tidak dihalang jika diletakkan di permukaan rata.

note 302

Anda boleh dapati IR blaster dan earphone jack dibahagian atas peranti dan port microUSB di bahagian bawah peranti.

note 304

deivder

Skrin

Dilengkapi skrin 5.5 inci dengan paparan 1080p serta dengan teknologi Sunlight Display. Oleh itu, penghasilan warna kelihatan selesa dan tidak menyakitkan mata. Secara puratanya paparan yang dihasilkan memuaskan dan ketika di waktu terang paparan masih boleh dilihat atau kecerahan skrin yang kami tetapkan pada mode automatik kelihatan berfungsi dengan baik.

redminote3-7

deivder

Sistem/Paparan Antaramuka

Ketika ini peranti yang terdapat pada kami menggunakan Android 5.1.1 Lollipop dan MIUI 7 Global ROM. Seperti yang sedia maklum, MIUI 7 didatangkan dengan beberapa penambahbaikan seperti peningkatan prestasi semasa boot dan penggunaan kuasa bateri lebih jimat. Begitu juga dengan fungsi membesarkan saiz font, Child Mode, Baby Album dan lain-lain. Kami tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai MIUI kerana bagi kami ianya terlalu sukar untuk diulas.

miui
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai MIUI 7, anda boleh membaca ulasan yang ditulis oleh salah seorang Redmi Note 3 Explorer – Marcus

deivder

Hardware & Prestasi

Bagi yang masih tertanya-tanya versi yang manakah diberikan kepada kami oleh Xiaomi Malaysia? Ianya adalah versi Snapdragon 650 dan 3GB RAM beserta 32GB memori dalaman. Pemproses Snapdragon 650 ini adalah hexa-core processor dengan Quad-core 1.4 GHz & Dual-core 1.8 GHz. Untuk pemproses Snapdragon 650 prestasi yang diberikan amat cemerlang. Kami telah mencuba melakukan beberapa ujian dan terbukti peranti ini mampu beroperasi dengan lancar tanpa sebarang lengah masa (lag). Kami cuba bermain permainan yang mempunyai kualiti grafik yang tinggi seperti Asphalt 8, Need For Speed, Call of Duty: Strike Team, dan Mortal Kombat ternyata tiada masalah untuk peranti ini untuk menjalankannya dengan lancar. Walaupun kami bermain dalam tempoh masa yang lama, tahap kepanasan peranti tidaklah terlalu tinggi.

antutu

Untuk bacaan penanda aras yang kami terima melalui AnTuTu Benchmark, ianya mencatatkan markah keseluruhan sebanyak 75770 mengikuti rapat Sony Xperia Z5. Dari segi grafik pula, Snapdragon 650 disertakan dengan GPU Adreno 510. Melalui 3DMark – Ice Storm Unlimited ianya menyumbang markah keseluruhan sebanyak 17674.

graphic

Seperti mana yang diperkatakan oleh Xiaomi sensor pengimbas cap jari mereka mampu menyahkunci peranti dalam masa 0.3 saat. Dari percubaan kami ianya memang pantas dan lancar. Berikut adalah rakaman video mengenai ujian kami kepada pengimbas cap jari tersebut.

Untuk IR Blaster pula, anda boleh memilih untuk menggunakan aplikasi yang tersedia didalam ataupun menggunakan aplikasi alat kawalan jauh pihak ketiga yang boleh didapati di Google Play Store. Dari ujian kami, aplikasi terbina tidak menyokong beberapa alat elektronik yang kami gunakan di rumah. Jadi dengan itu, kami mencuba aplikasi pihak ketiga dan ianya berfungsi dengan baik.

remote

deivder

Kamera

Seperti perbandingan yang kami telah sertakan di awal artikel ini. Jika anda perasan, terdapat perbezaan diantara kamera versi Mediatek dan Snapdragon walaupun ianya menggunakan nama model yang sama. Untuk versi Snapdragon yang kami gunakan ianya menggunakan kamera 16 mega piksel dan f/2.0. Dengan nilai aperture yang lebih besar, kamera dapat mengambil gambar dengan lebih terang dan jelas berbanding versi Mediatek yang hanya 13MP dan f/2.2. Dari ujian kami, rakaman gambar diwaktu siang menghasilkan gambar yang terang dan bagus. Tetapi apabila ianya berada didalam kawasan yang kurang cahaya (low light) ianya sukar mendapatkan fokus dan kualitinya tidaklah begitu membanggakan.

note3-pic01 note3-pic02 note3-pic03 note3-pic04 note3-pic05 note3-pic06 note3-pic07 note3-pic08 note3-pic09 note3-pic10 note3-pic11 note3-pic12 note3-pic13 note3-pic14 note3-pic15 note3-pic16 note3-pic17 note3-pic18 note3-pic19 note3-pic20 note3-pic21
Untuk gambar yang sebenar, boleh ke pautan berikut.

Tetapi dengan adanya pelbagai mode yang disediakan ianya membantu anda merakamkan gambar dengan lebih menarik dan kreatif. Apa yang membuat kami tertanya-tanya adalah resolusi rakaman video kamera ini kerana cip pemproses Snapdragon 650 menyokong rakaman video sehingga 4K tetapi untuk peranti ini ianya cuma sehingga 1080p.

kamera

deivder

Bateri

Didatangkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh, ianya sudah pasti dapat mengekalkan waktu sedia peranti lebih lama berbanding peranti yang kami gunakan sekarang iaitu 3050mAh untuk Xiaomi Mi3. Dari penggunaan kami yang agak berat, peranti ini dapat bertahan sehingga 16 jam walaupun ada kalanya kami bermain permainan berterusan selama satu jam. Untuk makluman semua, peranti Redmi Note 3 ini adalah peranti pertama dari Xiaomi yang menyokong pengecasan pantas yang dikatakan mampu mencapai 50% dalam masa 1 jam. Malangnya kami tidak mempunyai sebarang pengecas pantas untuk mengujinya dan kami berharap pihak Xiaomi bakal memperkenalkannya dimasa terdekat.

bateri

deivder

Rumusan

Buat masa ini pihak Xiaomi Malaysia masih merahsiakan harga jualannya, dan ianya dikongsikan pada 29 Mac akan datang melalui laman Facebook mereka. Dari harga yang dipasarkan di China dan India, boleh kami katakan ianya sekitar RM700-800. Peranti ini amatlah berbaloi untuk dimiliki kerana ianya tidak lagi didatangkan dengan ruang storan dalaman yang begitu sedikit seperti Redmi Note 3G (8GB) dan ianya meyokong kad memori sehingga 128GB.

Sepanjang tempoh ulasan ini, kami sangat teruja atas kemampuan peranti Redmi Note 3 ini atas kelancaran ia menjalankan aplikasi-aplikasi yang kami cuba. Dengan bateri sebesar 4000mAh, kami tidak lagi perlu membawa pengecas mudah-alih bersama-sama kami kerana ianya mampu bertahan sehingga kami pulang kerumah. Fungsi-fungsi lain seperti pengimbas cap jari juga adalah benda baru didalam ujian kami dan kami kagum kerana pihak Xiaomi mampu membawa fungsi yang selalunya ada pada peranti flagship ke peranti pertengah seperti ini.

 

Kemaskini 29/03/2016

Kini pihak Xiaomi Malaysia telah pun mengumumkan harga rasmi untuk Xiaomi Redmi Note 3. Peranti ini akan mula dijual pada jam 12.00 tengahari 6 April ini.

redmi note 3

The post Ulasan Penuh Xiaomi Redmi Note 3 appeared first on Piratz Network.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 144