Semalam Microsoft mula melepaskan Office 2016 ke seluruh dunia. Aplikasi tambahan terbaru kepada Office 365, perkhidmatan langganan awan Microsoft yang membantu orang ramai melakukan kerja-kerja bersama-sama. Syarikat itu juga mengumumkan Office 365 perkhidmatan baru dan dipertingkatkan dibina untuk produktiviti dalam pasukan. Office 2016 menyampaikan versi baru Office untuk Windows termasuk Word, PowerPoint, Excel, Outlook, OneNote, Project, Visio dan Access. Dengan melanggan Office 365, pengguna boleh mendapat kemaskini terbaru, apkilasi penuh untuk semua jenis peranti, digabungkan dengan perkhidmatan pengguna dan komersil seperti OneDrive online storage, Skype for Business, Delve, Yammer dan lain-lain.
Versi terkini Office 2016 ini didatangkan dengan pilihan 40 bahasa dan memerlukan Windows 7 ke atas. Bermula Selasa (22 Oktober 2016), pelanggan Office 365 boleh memilih untuk memuat turun Office 2016 sebagai sebahagian dari langganan mereka. Kemaskini secara automatik akan lepaskan kepada pelanggan versi consumer dan small-business bulan hadapan. Bagi pelanggan kemersil, ianya dilepaskan awal tahun hadapan. Tambahan, Office 2016 ini juga juga boleh dibeli hari ini sebagai untuk PC dan Mac.
Untuk maklumat lanjut mengenai Office 2016, anda bolehlah melayari laman utama Office 2016. Dan bagi mereka yang ingin mendapatkan Office 2016, boleh ke lawan dibawah.