Teknologi datang dan pergi, dan kelangsungan hidup kita bergantung kepada perubahan ini dan terus berkembang untuk memenuhi keperluan pembeli yang sentiasa berubah-ubah. Pembangun perlu memberi tumpuan kepada kandungan yang boleh mempunyai kesan supaya mereka sentiasa memaksimumkan peluang untuk terus menghasilkan kerja yang kreatif. Dan hari ini pihak Envato Market mengumumkan penutupan laman web ActiveDen yang menjual hasil kerja dalam bentuk Flash.
Penutupan laman web ActiveDen ini susulan beberapa pelayar web tidak lagi menyokong Flash dan beralih kew HTML5. Penutupan laman web ini akan dilakukan secara berfasa iaitu pada 21 Oktober 2015 pembangun tidak lagi dibenarkan memuat naik fail ke ActiveDen. Seterusnya pada Febuari 2016 Activeden akan ditutup sepenuhnya. Pembeli tidak lagi akan dapat membeli fail Activeden baru atau muat turun pembelian dan pebangun tidak lagi boleh mengakses barangan mereka yang sedia ada.
Sumber : Envato Blog