Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

Apakah Resistive & Capasitive Touchscreen

$
0
0

Hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua mengenai skrin sentuh atau dalam bahasa inggeris dan mudah difahami adalah touchscreen. Sekarang penggunakan touchscreen nie sangat meluas. pelbagai alatan elektronik menggunakannya kerana ia lebih menjimatkan ruang. Tetapi apakah yang korang tahu mengenai touchscreen. Jika sebelum ini aku banyak mendengar dengan istilah heat sensor, pressure sensor, dan pelbagai lagi mengenai jenis-jenis touchscreen. Jadi untuk hari ini aku ingin mengulas sedikit beberapa jenis touchsreen yang digunakan pada telefon pintar pada zaman ini.

Setahu aku telefon pintar hanya menggunakan 2 jenis touchscreen sahaja; iaitu resistive dan capasitive touchsreen. Apakah yang dimaksudkan dan bagai mana ia berfungsi aku akan ulas pada bahagian dibawah. Bagi memberi kefahaman kepada korang, aku akan lampirkan beberapa model telefon pintar mengikut jenis touchscreen yang digunakan. Dan mungkin pada penghujung entri aku akan membandingkan kebaikan dan kelemahan touchscreen tersebut.

Entri ini mungkin bersifat teknikal. Harap maaf jika term yang aku gunakan kurang difahami. Kalau ada salah maklumat, bagitau ye.

Resistive Touchsreen

resistive

Resistive touchscreen terdiri daripada papan kaca dan membran plastik yang fleksibel. Kedua-dua papan dan membran diliputi dengan lapisan perintang. Ruang di antara kaca dan membran dipenuhi dengan penebat mikro yang diagihkan sama rata di sepanjang kawasan aktif skrin. Ia menebat permukaan yang mengandungi konduktor. Apabila sesuatu objek, seperti jari, menekan ke membran plastik pada suatu titik di atas permukaan luar panel, kedua-dua lapisan logam akan bersentuhan: panel kemudiannya bertindak sebagai sepasang pembahagi voltan dengan output. Ini menyebabkan perubahan arus elektrik, yang didaftarkan sebagai sentuhan dan dihantar kepada controller untuk processor. Kemudian processor akan mengesan koordinat lokasi yang ditekan tersebut dan tindak balas seterusnya akan mengikut arahan seperti yang diprogramkan.

Contoh telefon : Nokia N97, Sony Ericsson Satio & Nokia 5800 XpressMusic

resistivem

Capasitive Touchscreen

capacitive

Capasitive touchscreen pula terdiri daripada penebat seperti kaca, disalut dengan konduktor yang telus seperti indium tin oksida. Badan manusia juga merupakan pengalir elektrik, dengan hanya menyentuh permukaan skrin, medan elektrostatik pada skrin akan bertindakbalas dan akan menyebabkan kadar voltan berkurangan. Aliran arus elektrik dari setiap penjuru akan dikira oleh controller untuk menentukan lokasi X/Y dan akan dihantar ke komputer.

Contoh telefon : Apple iPhone, Samsung Galaxy S 2 & Nokia N9

capasitive

Perbandingan Antara Resistive dan Capasitive

  • Resistive
  • Capasitive

Kebaikan

  • Kos murah
  • Boleh menggunakan jari, stylus dan lain-lain
  • Kurang penggunaan kuasa elektrik
  • Cecair tidak akan mengubah prestasi skrin

Keburukan

  • Permukaan skrin mudah rosak
  • Kurang daya tahan (sehingga 35 juta sentuhan sahaja)
  • Tidak tahan calar dan mudah rosak (terkoyak/berlubang)
  • Kadar ketelusan cahaya akan berkurangan dari masa ke semasa

Sumber : PlanarTouch Wikipedia Griffin Interactive


Viewing all articles
Browse latest Browse all 144