Jika sebelum ini Mercury Browser adalah diantara yang terbaik dan popular pada iOS, akhirnya ianya muncul untuk peranti Android. Semestinya pelayar ini didatangkan dengan semua ciri-ciri yang terdapat seperti di iOS seperti sokongan plugin, kawalan isyarat (gesture), penukaran User Agent, dan lain-lain. Seperti yang sedia maklum, banyak pelayar web yang telah menempah nama di arena Android, persoalannya adakah Mercury Browser mampu mendapat kedudukan yang sama seperti di iOS.
Seperti yang dijangka, ianya mempunyai antara muka adalah ringkas dan minimalis dengan ruangan navigasi di bahagian bawah. Ianya juga mempunyai ruangan speed dail di mana anda boleh menambah laman baru atau mengubah yang sedia ada. Kelajuan memuatnya pula agak memuaskan dan tidak lengah masa jika dibandingkan dengan beberapa pelayar web. Tetapi perbezaan ini agaklah sedikit untuk didebatkan. Malahan, pelayar web ini mempunyai sokongan carian dibeberapa laman web seperti Wikipedia, Google, Bing, Amazon dan banyak lagi.
Untuk membuka pautan pada sesuatu laman web juga mudah ini kerana anda diberi pilihan samaada untuk membukanya pada tab yang sama atau yang berlainan. Pautan tersebut juga terdapat beberapa tetapan yang menjadikan ianya unik seperti ‘Copy Link’, ‘Open in New Tab’, ‘Open in Background Tab’, ‘Open with Reader’ dan lain-lain. Bilangan tab yang dibuka dipaparkan dibawah dan anda dapat melihat halaman tersebut disusun menegak dengan menekan pada nilai tab tersebut atau anda boleh menggunakan kawalan isyarat. Bagi penggunaan kawalan isyarat, anda boleh menukar paparan web dengan melakukan swipe menggunakan 2 jari ke bahagian kiri atau kanan.
Seperti beberapa pelayar web yang lain, Mercury Browser juga didatangkan dengan ciri built-in reader. Padanya anda boleh memilih untuk berkongsi artikel dan menukar saiz font kepada yang sesuai.
Bagi bahagian tetapan pula, ianya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Functions & Settings. Disana anda dapat menukar user agent untuk pelayar web anda bagi memudahkan anda melayari sesuatu laman. Begitu juga dengan ciri ‘Private Mode’ ianya berfungsi sama seperti di Chrome iaitu tidak meninggalkan apa-apa rekod laman web yang anda layari semasa didalam mode ini.
Bahagian plugin tidak ketinggalan memberi sokongan kepada Google Translate, Dropbox, Ads Block, WiFi Transfer, Reader, dan Light-out Mode.
Jadi bagaimana dengan pendapat anda? Adakah pelayar Mercury ini mampu mengalahkan pelayar yang anda guna sekarang?
[box type=’download’]Muat Turun aplikasi Mercury Browser di Google Play Store (Android)[/box]
[box type=’download’]Muat Turun aplikasi Mercury Browser di App Store (iOS)[/box]