Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

Ulasan – Ninetology U9Z1

$
0
0

z1_aluminum_back

Ninetology U9Z1 (I9570) adalah salah satu peranti sasaran dari pihak Ninetology dan mula dipasarkan di Malaysia pertengahan Ogos lepas dengan harga RM1199. Peranti ini, diperkenalkan bersama-sama siri U9 yang lain iaitu X1 dan Z1+. ketiga-tiga peranti model U9 ini diperkuasakan dengan pemproses yang sama iaitu MediaTek MT6589 Quad-Core (1.2GHz). Selain dari itu, ianya juga dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean.

[box type=’alert’]Video unboxing dan pra-tonton Ninetology U9Z1[/box]

devider

Ciri-ciri Ninetology U9Z1

Hardware

Berbeza dengan peranti Siri U9 yang lain (X1 & Z1+), peranti Z1 ini menggunakan paparan sebesar 5.7 inci dan menjadikannya peranti yang mempunyai saiz skrin paling besar. Dengan paparan skrin sebesar 5.7 inci serta dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass II serta beresolusi 1280 X 720. Bukan itu saja, ianya mempunyai kamera belakang 12MP dan 5MP untuk kamera hadapan. Manakala bateri berkapasiti 2600mAh juga disertakan pada peranti ini tetapi malangnya bateri tersebut tidak boleh diakses secara terus.

Software

Seperti yang dinyatakan diatas, peranti ini menggunakan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean dan disertakan dengan beberapa aplikasi yang telah dipermuatkan didalamnya.

  • Pelayar Web : Pelayar web asal
  • Android Launcher/UI : Launcher/UI asal Android. (Sama seperti peranti Nexus)
  • Sosial : Facebook, YouTube, WeChat, Google+, Google Hangouts
  • Media : Kamera, galeri, FM Radio, Music Player & Video Player
  • Lain-lain : Kalendar, Kalkulator, Google Maps, Adobe Reader, QR Droid, NQ Mobile Security, NQ Valut, M Warranty & ThinkFree Office Viewer.

devider

Spesifikasi Teknikal Ninetology U9Z1

[table “10” not found /]

devider

Reka Bentuk

Dari segi fizikal peranti ini hampir menyerupai reka bentuk Samsung Galaxy S3 tapi bahagian bucunya lebih melengkung berbanding S3. Tetapi, reka bentuk belakangnya hampir-hampir menyerupai HTC One dan membezakannya hanya kedudukan kamera yang berada dibahagian sisi peranti. Seperti HTC One, peranti ini juga menggunakan bahagian belakang yang terdiri dari pada aluminium. Oleh kerana material yang digunakan adalah aluminium, penjagaan yang lebih rapi amat perlu dipertitik beratkan. Bahagian kemasan tepi pula diperbuat daripada plastik. Untuk butang kawalan pula, ianya terdiri daripada butang fizikal untuk butang kuasa dan kawalan suara manakala butang navigasi menggunakan jenis butang kapasitif. Walaupun ianya peranti sebesar 5.7 inci, kesemua butang kami masih lagi merasakan ianya selesa dikendalikan menggunakan sebelah tangan.

[royalslider id=”14″]

Kelemahan yang kami temui adalah apabila flip cover atau snapcase dipasang pada peranti ini, ianya sukar dibuka dan mudah patah. Dari beberapa percubaan kami untuk membuka flip cover/snapcase ini, ianya pasti akan tersangkut diruangan bucu peranti (rujuk gambar) dan kami merasakan reka bentuk untuk flip cover/snapcase ini tidak begitu praktikal. Selain dari itu, kedudukan pembesar suara dibahagian belakang peranti tidak bersesuaian jika anda meletakkan peranti dipermukaan rata mahupun semasa dipegang. Oleh sebab itu, bunyi yang dihasilkan tenggelam akibat bahagian pembesar suara tertutup.

ninetology_u9z1_review_1

Skrin IPS yang mempunyai paparan HD agak memuaskan hati kami walaupun ianya tidak dapat menandingi skrin yang terdapat pada pada peranti HTC Butterfly S dan HTC One. Penghasilan warna dari skrin ini tidaklah begitu baik bagi kami, tetapi ianya tidaklah terlalu teruk untuk kami perkatakan disini. Mungkin dengan penggunaan gambar latar belakang yang sesuai dapat menyerlahkan dan memanipulasi paparan warna pada skrin peranti ini.

devider

Paparan Antaramuka

Penggunaan antaramuka asal Android tidak menjadi masalah bagi kami cuma ianya kelihatan kurang eklusif. Dengan penggunaan aplikasi launcher pihak ketiga seperti Apex Launcher, ianya dapat menyerikan paparan antaramuka peranti ini, malah beberapa pengubahsuaian dapat dilakukan mengikut cita-rasa pengguna.

ninetology_u9z1_review_2

[box type=’info’]Diatas, kami menggunakan aplikasi Apex Launcher (kanan). Anda juga boleh menukar paparan antaramuka yang lebih menarik dan ekstrim dengan menggunakan aplikasi Themer[/box]

Cuma yang agak mengecewakan kami, tiles/shortcuts pada bahagian Quick Settings agak bertaburan dan tidak boleh ditambah atau diubah.

ninetology_u9z1_review_3

devider

Kamera

Peranti Ninetology U9Z1 ini dilengkapi dengan kamera utama sebesar 12MP dan 5MP untuk bahagian hadapan. Malangnya, hanya kamera utama dibelakang peranti sahaja mampu merakam video didalam format HD penuh (1080p). Tetapi yang menghairankan kami, format untuk rakaman video menggunakan format 3GP dan bukannya MP4 seperti peranti android yang lain. Kamera utamanya juga disertakan ciri mengambil gambar HDR, Panorama & Multi-angle. Walaupun kamera utama ini menggunakan kamera 12MP serta mempunyai ciri BSI (back-illuminated sensor), gambar yang dirakam pada waktu malam atau pada kadar cahaya rendah agak mengecewakan. Tetapi, untuk gambar yang diambil pada waktu siang, kualiti penghasilan gambar memuaskan dan warna dengan baik. Bagi kamera hadapan pula, pihak Ninetology menggunakan kamera sudut lebar (wide angle). [box type=’info’]BSI (back-illuminated sensor) adalah satu sensor imej digital yang mampu meningkatkan kadar cahaya yang diambil sekaligus meningkatkan kualiti gambar yang diambil pada kadar cahaya rendah.[/box]

Dibawah adalah beberapa gambar yang kami sempat rakamkan dan perbandingan kualiti gambar yang dirakamkan menggunakan peranti lain seperti Samsung Galaxy S3.

ninetology_u9z1_review_4

Kiri: Ninetology U9Z1. Kanan: Samsung Galaxy S3

ninetology_u9z1_review_5

Atas : Default Settings + No Flash. Bawah : Night Mode + No Flash.

ninetology_u9z1_review_6

Gambar menggunakan lensa fish-eye (Contoh lensa).

ninetology_u9z1_review_7

Gambar: 1. KLIA 2. 2. AirAsia – A True Malaysian. 3. AirAsia – 9M-AQU.

[box type=’note’]Untuk gambar sebenar didalam resolusi penuh, anda boleh klik pada pautan dibawah gambar tersebut.[/box]

Malahan, ciri-ciri tambahan seperti panorama, HDR, multi-angle, dan beauty mode juga menghasilkan gambar yang memuaskan. Jika anda mahukan pelbagai lagi ciri-ciri lain dengan menggunakan kamera U9Z1 ini, anda boleh memuat turun beberapa aplikasi seperti FXCamera, Camera360 Ultimate, Cymera, Photo Editor by Aviary dan PicArt.

devider

Bateri

Dengan dilengkapi bateri berkapasiti 2600mAh membuatkan penggunanya tidak perlu mengecas peranti ini sekerap mungkin bergantung pada penggunaan dan aplikasi yang dipasang. Kami tidaklah mencuba peranti ini secara maksimum, tetapi apa yang kami dapat simpulkan disini bateri peranti ini mampu bertahan lebih dari 9 jam.

devider

Rumusan

Walaupun jenama Ninetology bukanlah diantara jenama yang menjadi pilihan ramai, tetapi bagi kami kualitinya lebih baik jika dibandingkan peranti klon China yang terdapat dipasaran. Dengan kamera yang mempunyai kadar piksel yang besar, RAM sebanyak 1GB, dan menggunakan pemproses Quad-Core ianya amat berbaloi untuk dimiliki bagi mereka yang tidak mensasarkan peranti yang berjenama dan mempunyai tangga harga yang tinggi. Malahan, terdapat bebagai aksesori dan jaminan disertakan.

Dari segi kemampuan melakukan tugasan harian, U9Z1 tidak menimbulkan masalah pada kami cuma adakalanya skrin sentuhnya agak kurang responsif. Tapi dari info yang diterima, ianya disebabkan screen protector yang digunakan agak tebal (unit yang kami terima telah dipasang dengan screen protector matte finish). Dengan skrin yang bersaiz 5.7 inci ini, bukan sahaja memudahkan kami melakukan tatalan (scroll) dengan lancar malahan paparan web lebih meluas.

Walaubagaimanapun, pada pengguna yang ingin memasang aplikasi seperti FIFA14, atau aplikasi yang mempunyai tahap keperluan grafik yang tinggi, ianya tidak sesuai dengan peranti ini kerana akan terdapat sedikit lengah masa (lagging) walaupun kadar memuat (loading) aplikasi agak pantas. Ini disebabkan peranti U9Z1 ini menggunakan GPU PowerVR SGX544 yang masih belum dapat mengikuti rapat GPU seperti Nvidia Tegra atau Adreno.

Pada harga RM1199 kami rasakan Ninetology U9Z1 ini memang berbaloi untuk dimiliki untuk mereka yang mahukan peranti yang bersaiz phablet dengan harga yang berpatutan. Selain itu, jika anda mencari peranti yang mempunyai ciri yang menyokong dua sim inilah telefon yang kami akan cadangkan.

[box type=’note’]Terima kasih kepada pihak Ninetology atas peluang dan tawaran yang diberikan. Bagi mereka yang mahu mendapatkan Siri U9 dari Ninetology, mereka ada menawarkan baucer bernilai RM200 kepada 100 orang setiap bulan. Anda hanya perlu melanggan newsletter dibawah.[/box]


Viewing all articles
Browse latest Browse all 144