Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah memulakan penjualan 2 model telefon pintar terbaru daripada mereka, Galaxy S6 dan S6 Edge. Kedua-dua peranti ini telah diperkenalkan sebulan yang lepas di Mobile World Congress yang diadakan di Barcelona. Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge menawarkan beberapa ciri-ciri baru, terutamanya ia mempunyai panel belakang yang diperbuat daripada kaca Gorilla Glass 4, RAM 3 GB dan muatan dalaman 32, 64 serta 128 GB serta mempunyai kemampuan untuk mengecas tanpa wayar. Selain dari itu, peranti ini membawakan versi terbaru Android iaitu Android 5.0 Lollipop dan TouchWiz yang serba baru.
Samsung Galaxy S6
Klik untuk melihat spesifikasi penuh Samsung Galaxy s6
Samsung Galaxy S6 |
|
---|---|
Sistem Operasi, Prosessor, GPU & RAM | Sistem Operasi : Android 5.0.2 (Lollipop) Prosessor : Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core 2.1 GHz Cortex-A57 (Exynos 7420) GPU: Mali-T760 RAM : 3GB RAM |
Dimensi & Berat | - 143.4 x 70.5 x 6.8 mm - 138 g |
Skrin | Resolusi: 1440 x 2560 piksel (~577 ppi) Saiz : 5.1 Inci Jenis: Super AMOLED Capasitive Touchscreen Perlindungan skrin : Corning Gorilla Glass 4 |
Kamera | Kamera Utama (Belakang) : 16 MP, 2988 x 5312 piksel, autofokus & OIS Kamera Hadapan : 5MP, 1080p@30fps, dual video call, Auto HDR Rakaman video : 2160p@30fps, 1080p@60fps, 720p@120fps, HDR, dual-video rec *Kedua-dua kamera menyokong rakaman video sehingga 1080p |
Memori | Storan dalaman berkapasiti 32/64/128 GB. Tidak menyokong tambahan kad memori. |
Sambungan | WiFi : Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct, hotspot Menyokong jaringan LTE/4G Bluetooth : v4.1, A2DP, LE, apt-X USB: microUSB v2.0 (MHL 3 TV-out), USB Host NFC : Ya Infrared : Ya |
Bateri | 2550 mAh Li-Ion. Tidak boleh diakses. |
Harga Pasaran | Akan dikemaskini |
Pilihan Warna | White Pearl, Black Sapphire, Gold Platinum, Blue Topaz |
Lain-lain | Menyokong pengecasan tanpa wayar (Wireless charging (Qi/PMA) ) Terdapat berbagai sensor seperti Accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer, heart rate, SpO2 |
Samsung Galaxy S6 ini akan mula dijual pada harga RM 2599 untuk variasi 32GB
Samsung Galaxy S6 Edge
Klik untuk melihat spesifikasi penuh Samsung Galaxy s6 Edge
Samsung Galaxy S6 Edge |
|
---|---|
Sistem Operasi, Prosessor, GPU & RAM | Sistem Operasi : Android 5.0.2 (Lollipop) Prosessor : Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core 2.1 GHz Cortex-A57 (Exynos 7420) GPU: Mali-T760 RAM : 3GB RAM |
Dimensi & Berat | - 142.1 x 70.1 x 7 mm - 132 g |
Skrin | Resolusi: 1440 x 2560 piksel (~577 ppi) Saiz : 5.1 Inci Jenis: Super AMOLED Capasitive Touchscreen Perlindungan skrin : Corning Gorilla Glass 4 (termasuk bahagian belakang) Lain-lain : Mempunyai skrin melengkung pada sudut bahagian depan |
Kamera | Kamera Utama (Belakang) : 16 MP, 2988 x 5312 piksel, autofokus & OIS Kamera Hadapan : 5MP, 1080p@30fps, dual video call, Auto HDR Rakaman video : 2160p@30fps, 1080p@60fps, 720p@120fps, HDR, dual-video rec *Kedua-dua kamera menyokong rakaman video sehingga 1080p |
Memori | Storan dalaman berkapasiti 32/64/128 GB. Tidak menyokong tambahan kad memori. |
Sambungan | WiFi : Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct, hotspot Menyokong jaringan LTE/4G Bluetooth : v4.1, A2DP, LE, apt-X USB: microUSB v2.0 (MHL 3 TV-out), USB Host NFC : Ya Infrared : Ya |
Bateri | 2600 mAh Li-Ion. Tidak boleh diakses. |
Harga Pasaran | Akan dikemaskini |
Pilihan Warna | White Pearl, Black Sapphire, Gold Platinum, Green Emerald |
Lain-lain | Menyokong pengecasan tanpa wayar (Wireless charging (Qi/PMA) ) Terdapat berbagai sensor seperti Accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer, heart rate, SpO2 |
Samsung Galaxy S6 Edge ini akan mula dijual pada harga RM 3099 untuk variasi 32GB