Pada mereka yang menggunakan peranti Android, pasti adakalanya terfikir untuk menggunakan Android pada skrin yang lebih besar. Adakah anda percaya jika kami katakan ianya tidak mustahil untuk dilakukan. Boleh dikatakan disini, apa yang anda pasang pada peranti anda, dapat dijalankan padanya. Menarik bukan?
Mungkin anda akan berfikir, berapakah kos untuk anda lakukan perkara tersebut. Adakah anda perlu membeli sesuatu peranti atau perkakasan bagi mengaktifkan ciri tersebut. Jawapannya mudah, TIDAK ianya percuma. Jadi dengan itu, kami ingin memperkenalkan anda dengan Andyroid. Satu perisian atau aplikasi dimana anda boleh memasangnya pada komputer riba atau PC anda.
Andyroid adalah satu perisian emulator yang menjalankan sistem operasi Android dengan bantuan Virtualbox. Jika sebelum ini anda pernah mendengar mengenai Bluestack, ianya sama dan pada kami ianya lebih bagus dari Bluestack. Pada Andyroid, anda tidak perlu langkah yang rumit untuk memasang Google Play Store kerana ianya telah dimuatkan didalamnya. Malah, anda boleh menggunakan peranti anda sebagai alat kawalan jauh semasa bermain permainan.
Muat turun Andyroid sekarang
Bukan setakan Clash Of Clans je korang boleh main, nak install Whatsapp pun boleh.