Quantcast
Channel: Mr. Piratz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 144

Google Mengubah Polisi Aplikasi Android Bagi Memastikan Penggunaan Perkhidmatan Pembelian Dalam-Aplikasi

$
0
0

google

Pembangun aplikasi mempunyai tempoh selama 30-hari untuk mengubah cara pembelian yang terdapat didalam aplikasi mereka. Google mengumumkan perkara ini didalam Polisi Google Play Developer Program untuk semua pembangun aplikasi supaya mereka mematuhinya untuk aplikasi sedia-ada mahupun baru.

“Developers offering virtual goods or currencies with a game downloaded from Google Play must use Google Play’s in-app billing service as the method of payment.”

Mereka turut mengubah polisi iklan dalam aplikasi dengan menyatakan iklan mestilah tidak memaksa pengguna untuk mengkliknya atau memasukkan maklumat peribadi.

Selain dari itu, pembangun juga perlu menghadkan segala penerangan, tajuk, atau metadata aplikasi mereka tidak mempunyai kata kunci yang tidak relevan, mengelirukan, atau berlebihan.

Aplikasi sedia ada yang tidak dikemaskini seperti yang dimaklumkan berkemungkinan akan dikeluarkan dari Play Store.

Maklumat lanjut mengenai perubahan polisi ini boleh dirujuk di Google Play Developers Program

Kongsikan Artikel Kami

Viewing all articles
Browse latest Browse all 144