Semalam pihak HTC Malaysia mengumumkan pelancaran peranti baru mereka dari keluarga Desire iaitu HTC Desire 600 yang mempunyai sokongan dual-sim. Peranti yang berada didalam kelompok pertengahan (mid-range) ini didatangkan dengan paparan UI baru iaitu HTC Sense 5, HTC BlinkFeed™ and HTC BoomSound™ sama seperti peranti HTC One. Selain daripada dijana dengan menggunakan Android Jelly Bean 4.1, peranti HTC Desire 600 ini dilengkapi dengan quad-core prosessor yang dapat memaksimakan prestasi peranti ini.
Antara spesifikasi utama peranti ini adalah skrin sebesar 4.5 inci dilengkapi dengan paparan Super LCD 2 skrin, kamera belakang 8MP & 1.6MP untuk bahagian hadapan serta RAM sebesar 1GB.
![htc-desire-600](http://piratz.my/wp-content/uploads/2013/07/htc-desire-600.png)
Seperti mana peranti HTC yang sebelum ini, peranti HTC Desire 600 juga didatangkan dengan integrasi Beats Audio. Selain dari itu, peranti ini mempunyai 2 pembesar suara pada bahagian hadapan dengan amplifier terbina didalam. Bagi kapasiti bateri pula, ianya menggunakan bateri berkapasiti 1860 mAh (Li-Po). Warna yang ditawarkan adalah Polar White dan Stealth Black.
Spesifikasi penuh HTC Desire 600
Harga pasaran untuk peranti HTC Desire 600 ini adalah RM 1199 dan boleh didapati dimana-mana pengedar HTC seluruh negara. Selain dari peranti HTC Desire 600, pihak HTC juga memperkenalkan HTC Desire 200 dengan harga pasaran RM499.