Pada penghujung bulan Julai lalu, pihak Ninetology telah pun melancarkan 3 peranti baru dibawah siri U9 iaitu X1, Z1 dan juga Z1+. Melalui siri U9 ini, pihak Ninetology membawakan ketiga-tiga peranti ini dengan diperkuasakan prossesor 1.2 GHz Quad-Core beserta Android 4.2 Jelly Bean.
Semalam kami telah mendapat satu unit peranti Ninetology U9Z1 untuk diulas. Berikut adalah video perkenalan untuk peranti Ninetology U9Z1 sebelum ulasan penuh kami terbitkan. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai peranti ini, anda boleh mengemukakan pertanyaan melalui ruang komen dibawah.
Ini kali pertama aku melakukan video seperti ini, maaf dipinta jika suara atau kualiti video kurang menarik dan jelas.
Sistem Operasi, Prosessor, GPU & RAM | Sistem operasi : Android 4.2.1 (Jelly Bean) Prosessor : 1.2 GHz Quad-Core (MediaTek MT6589) GPU: PowerVR SGX544 RAM : 1GB RAM |
Skrin | Resolusi: 1280 x 720 piksel (HD), 5.7 inci Jenis: IPS LCD Capasitive Touchscreen Lain-lain: Corning Gorilla Glass 2 |
Dimensi | 161mm x 82.5mm x 9.3mm![]() |
Berat | 191 gram |
Kamera | Kamera Belakang : 12MP, 3072х4096 piksel, F2.2 Aperture, Autofokus, BSI, HDR, Continuous shot(up to 99 shots), Smile & Face detection, Quick Panorama Rakaman Video: Format 3GP (1080p@30fps) Kamera Hadapan: 5MP, Self timer, BEAUTY mode |
Memori | 16GB ruangan storan, tidak menyokong kad memori |
Sambungan | WiFi : Wi-Fi 802.11 a/ac/b/g/n, dual-band, Wi-Fi hotspot Tidak Menyokong jaringan LTE/4G Bluetooth : v4.0 with A2DP & LE USB: microUSB v2.0 NFC : Tiada |
Bateri | 2600mAh Li-Ion bateri. Tidak boleh diakses. |
Harga Pasaran | RM1199 |
Pilihan Warna | Hitam (Black) & Putih (White) |
Aksesori | Pengecas USB palam 3-pin , kabel USB, Earpiece, Screen Protector(Clear), Protection Case, Quick Start Guide, Warranty Card |
Lain-lain | Sensor: Accelerometer, gyro, proximity, & compass Radio: FM Radio GPS: Mempunyai sokongan A-GPS dan GLONASS Ianya peranti dual-sim. Menggunakan sim bersaiz Mini-SIM |