Seperti yang digembar-gemburkan oleh banyak laman blog teknologi tempatan mahupun luar negara dimana pihak Apple akan memperkenalkan 2 telefon pintar pada tahun ini iaitu peranti berspesifikasi tinggi/sasaran utama dan peranti kos rendah. Dari khabar angin mengenai peranti kos rendah ini sehingga tertirisnya beberapa imej yang diperkatakan reka bentuk dan spesifikasinya ini berjaya mencuri jutaan perhatian orang ramai.Walaupun ia baru spekulasi yang tidak tahu kebenarannya, ianya memberi suatu impak yang jelas kepada bakal pembeli mengenai apa yang diharapkan dan apa yang tidak.
1. Tarikh Pelancaran
Seperti yang dilaporkan, sidang media untuk iPhone 5S akan dijalankan pada 10 September ini dan para analisis menjangka selain dari pelancaran peranti iPhone 5S, sudah semestinya iOS 7 juga dilepaskan kepada pengguna iPhone sedia ada dan berkemungkinan besar iPhone 5C akan dilancarkan serentak.Walaupun secara semulajadi dimana peranti iPhone 5S mendapat perhatian ramai, tetapi pelancaran iPhone 5C juga dilihat penting kerana ianya mungkin akan menggugat syarikat teknologi lain seperti Samsung yang boleh dilihat berjaya dengan peranti-perantinya.
Jadi bila agaknya ia akan mula dipasarkan di Malaysia? Seperti biasa Amerika adalah antara negara terawal peranti Apple dijual dan ianya menjadi penanda aras bila ianya akan dipasarkan di negara lain seperti Malaysia. Melalui satu laporan dimana China akan mendapat peranti baru Apple tersebut seawal November 2013 menunjukkan bahawa Apple masih mengikut strategi pemasaran yang sama seperti sebelum ini. Didalam jangkaan kami, peranti baru Apple iaitu iPhone 5S/5C mungkin akan tiba seawal hujung bulan Oktober.
2. Bahan Binaan
Adakah ianya benar-benar plastik? Kami menjangkakan pihak Apple menggunakan bahan binaan dari polikarbonat. Ini kerana ianya lebih mudah untuk dihasilkan didalam kuantiti yang banyak dan menggunakan kos yang lebih rendah. Walaupun menggunakan kos yang rendah sudah semestinya pihak Apple menitik berat dari segi kualiti. Seperti yang diketahui Apple sangat menitik berat keatas kualiti dan standard meliputi setiap sudut pada peranti mereka. Selain dari itu, daya ketahanan dititik beratkan seperti mana yang terbukti didalam klip ujian pada kerangka 5C yang tertiris baru-baru ini.
3. Ciri-ciri Baru & Pilihan Warna
Antara ciri-ciri baru yang pasti adalah ianya didatangkan dengan sistem operasi iOS7 yang penuh dengan semua pembaharuan dan penaiktarafan dari Apple. Walau bagaimanapun, sedikit kekurangan pada 5C dimana bahagian kerangkanya menjurus ke kos rendah. Bagi warna kerangka yang bakal diperkenalkan, untuk 5S ianya didatangkan didalam pilihan putih, hitam dan emas. Manakala 5C, ianya menawarkan pendekatan warna pelangi terdiri dari putih, biru, merah jambu, kuning dan hijau.
Anda boleh melihat dengan lebih jelas gambar kerangka iPhone 5C di laman blog Sony Dickson.
4. Harga
Ramai yang memperkatakan mengenai perkara ini. Tetapi pada kami, walaupun ianya dikatakan berkos rendah, harganya masih didalam lingkungan RM1200-RM1500. Untuk lingkungan harga tersebut, selalunya ianya dikategorikan didalam golongan sederhana untuk peranti Android. Apabila ianya benar-benar dilancarkan pasti tanda harga sebenar akan diketahui juga.
Adakah anda diantara yang menantikan peranti iPhone berkos rendah/bajet ini? Kami masih lagi menantikan kemunculan iPad Mini yang dilengkapi Retina Display.
Sumber : International Business Times.